Sunday, July 28, 2013

MARKET REVIEW FOR NEXTWEEK (29/07/2013-02/08/2013)

As salam dan salam sejahtera semua,

Wah nampaknya di dalam 4 minggu yang lalu minggu lepas merupakan minggu pertama konter saya tidak mencapai target price. Walaupon XOX naik sampai RM0.15 tetapi tidak mencapai target iaitu RM0.16. Bagi konter MAS plak, price langsung tidak bergerak dan hanya bermain di area RM0.30-RM0.31. Tetapi saya masih positif kedua-dua konter ini akan memberi hasil lumayan menjelang minggu depan. Kalau minggu depan masih tidak menguntungkan eloklah kiranya tuan puan semua cut loss jika ada buat position pada konter terbabit.Mungkin berlaku kesilapan di dalam saya mentafsir data. FBMKLCI juga tidak jatuh seperti dijangkakan walaupon pada hari khamis market sedikit ke belakang sebelum ditutup pada hari jumaat pada zon positif.

Baiklah kita tinggalkan dahulu pekara yang dah berlalu dan kini kita tumpu untuk apa yang akan berlaku pada pasaran minggu hadapan.Untuk minggu ini Indeks FBM KLCI meneruskan kenaikkan yang mana menyaksikan kenaikkan tertinggi pada minggu ini pada aras 1811. Buat masa terdekat tahap halangan dapat dilihat pada 1811 dan jika break kita akan menyaksikan FBMKLCI cuba memecahkan halangan tertinggi pada 06/05/2013 iaitu pada 1826. Jika market menuju ke arah kejatuhan pulak kita akan menyaksikan suppot pada 1796 dan jika support ini pecah ita akan menyaksikan FBMKLCI akan cuba test 1777.

Berdasarkan apa yang saya lihat pada pergerakkan market, saya masih merasakan market kemungkinan besar akan jatuh. Walaupon rata-rata ulasan di akhbar menunjukkan bahawa market kemungkinan besar akan meneruskan pergerakan ke atas tetapi saya lebih suka ambik pendekatan berhati-hati. Selain itu keadaan di US yang tidak menentu yang mana sebilangan org sudah mula mempersoalkan tindakan bond buying. Jadi seeloknya kita mengambil langkah berhati-hati di dalam melakukan trading dan investment.

 



Untuk minggu ini, suka saya sarankan untuk saudara dan saudari melihat tiga sektor iaitu sektor industrial,sektor industrial prodok dan juga consumer. Ini kerana melihat pada pergerakan saham yang berada di kedua sektor ini, kebanyakkan kaunter terbabit telah mula menunjukkan signal untuk bergerak.Pilihan saya adalah seperti berikut:

1)PERMAJU

2)ANCOM

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai konter yang telah saya pilih,boleh ler lihat di facebook saya.

That all,

Thank you

Jeneral Of Ant Army

P/S- klse striker had been change to Thewan Capital. it also effects to blogspot adress also. feel free, please do follow this page :). Terima kasih jugak kepada yang add saya sebagai kawan di facebook. In syaa allah saya akan cuba upload chart Buy Call untuk minggu ini kalau diberi kesempatanTo have a good idea in term of that stock please do by contact me at thewancapital@gmail.com or add my facebook for detail of stock pick

Sunday, July 21, 2013

MARKET REVIEW FOR NEXTWEEK (22/07/2013-26/07/2013)

As salam dan salam sejahtera semua,

Tahniah!!saya ucapkan kepada mana-mana pembaca yang follow post saya minggu lepas. Walaupon konter terbabit tidak dinyatakan di dalam post saya minggu lepas, tetapi saya ada post chart pada hari isnin malam selasa di facebook saya dan juga beberapa group stock market di facebook.INSTACO pergerakan dari RM0.325 telah naik sehingga RM0.37 highest price on Jumaat. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada semua pembeli.

Baiklah kita tinggalkan dahulu pekara yang dah berlalu dan kini kita tumpu untuk apa yang akan berlaku pada pasaran minggu hadapan.Pada minggu ini Indeks FBM KLCI berjaya melakukan "Breakthrough" 1795,yang mana pada hari Jumaat lepas 19 JULAI 2013 FBM KLCI mencapai paras 1800 dan ditutup pada paras 1797.Manakala untuk "Support" kita menyaksikan 1780 sebagai new support dan jika "Support" pecah kita akan cuba melihat FBMKLCI untuk bertahan dari jatuh pada 1762.

Berdasarkan apa yang saya lihat pada pergerakkan market, saya dapat merasakan market kemungkinan besar akan jatuh pada nextweek. Ini kerana melihat pada pergerakkan indeks pada Jumaat lepas yang mana cubaan indeks untuk melepasi paras 1800 masih gagal. Selain itu melihat kepada US yang mana sebanyak 45% lagi syarikat akan mengumunkan laporan kewangan semasa pada minggu ini menjadikan keadaan uncertainty. Ingin saya tegaskan ini merupakan pandangan saya sahaja dan kemungkinan besar saya juga melakukan kesilapan.Jadi buat semua trader dan oppurtunist,diminta untuk trade secara berhati2 dan sentiasa ingat "Perangkap tidak pernah melupakan pelanduk"

 


Untuk minggu ini, suka saya sarankan untuk saudara dan saudari melihat dua sektor iaitu sektor telekomunikasi dan jugak sektor penerbangan. Ini kerana melihat pada pergerakan saham yang berada di kedua sektor ini, kebanyakkan kaunter terbabit telah mula menunjukkan signal untuk bergerak.Pilihan saya adalah seperti berikut:

1)XOX

2) MAS


Untuk ketahui lebih lanjut mengenai konter yang telah saya pilih,boleh ler lihat di facebook saya.

That all,

Thank you

Jeneral Of Ant Army

P/S- klse striker had been change to Thewan Capital. it also effects to blogspot adress also. feel free, please do follow this page :). Terima kasih jugak kepada yang add saya sebagai kawan di facebook. In syaa allah saya akan cuba upload chart Buy Call untuk minggu ini kalau diberi kesempatanTo have a good idea in term of that stock please do by contact me at thewancapital@gmail.com or add my facebook for detail of stock pick

Sunday, July 14, 2013

MARKET REVIEW FOR NEXTWEEK (15/07/2013-19/07/2013)

As salam dan salam sejahtera semua,

Tahniah!!saya ucapkan kepada mana-mana pembaca yang follow post saya minggu lepas.MAYBANK dan RHBCAP memberi pulangan yang memberangsangkan dengan mencapai TARGET PRICE. Kedua-dua konter berjaya mencapai TARGET PRICENYA pada hari yang sama iaitu pada 11 JULAI 2013 iaitu  bagi MAYBANK RM10.50 manakala bagi RHBCAP RM8.60.  P/S- Kalau nak tahu mana buy callnya sila add di FAcebook. Disana saya ada bagi chart utk anda semua kaji.

Tahniah juga kepada mana-mana pembaca masuk ke dalam HUAAN yang mana dapat membelinya semasa saya bagi buy call hari isnin dan membelinya pada harga RM0.16-0.165 yang mana HUAAN telah naik sehingga RM0.185. Walaupon hanya lagi setengah sen HUAAN nak mencapai target tetapi konter ini tetap memberi pulangan yang bagus sebanyak RM0.03-0.035.
Walaupon salah satu konter tidak memberangsangkan iaitu FACBIND, pada pandangan saya konter ini patut diletakkan di dalam watchlist.Ini kerana saya masih berpendapat bahawa konter ini bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada medium term investor.

Baiklah kita tinggalkan dahulu pekara yang dah berlalu dan kini kita tumpu untuk apa yang akan berlaku pada pasaran minggu hadapan.Pada pandangan saya pergerakan pasaran saham Malaysia akan berada di dalam peringkat pengukuhan yang mana di dalam bahasa inggerisnya "Sideways".Ini kerana pada minggu ini kita menyaksikan bahawa indeks FBM KLCI masih lagi berlegar pada para  paras 1700-1800 yang mana seperti yang telah dinyatakn oleh saya minggu lepas.Pada minggu ini Indeks FBM KLCI berjaya melakukan "Breakthrough" 1783,yang mana pada 12 JULAI 2013 FBM KLCI mencapai paras 1786. Buat masa sekarang kita akan cuba menyaksikan FBMKLCI akan buat "Breakthrough" kali KEDUA pada paras 1795. Manakala untuk "Support" kita menyaksikan 1765 sebagai new support dan jika "Support" pecah kita akan cuba melihat FBMKLCI untuk bertahan dari jatuh pada paras1742. Berdasarkan apa yang saya lihat pada pergerakkan market, saya dapat merasakan market akan kembali aktif.Ini kerana melihat kepada sentimen foreign fund yang kembali membeli ia sedikit sebanyak ia turut merancakkan dan mempengaruhi indeks kita.Selain itu positive inflow ke dalam negara JEPUN juga menunjukkan kesan yang bagus.Jadi buat semua trader dan oppurtunist, Kalau anda nmpk peluang sudah boleh mula pantau untuk mencari pintu masuknya.



Untuk minggu ini, suka saya sarankan untuk saudara dan saudari melihat dua sektor iaitu sektor perbankan dan jugak sektor teknologi(Ace). Ini kerana melihat pada pergerakan saham yang berada di kedua sektor ini, kebanyakkan kaunter terbabit telah mula menunjukkan signal untuk bergerak. Untuk minggu ini, saya masih tidak jumpa konter yang nmpk cantik di mata tetapi kalau ada akan saya upload di facebook saya.

That all,

Thank you

Jeneral Of Ant Army

P/S- klse striker had been change to Thewan Capital. it also effects to blogspot adress also. feel free, please do follow this page :). Terima kasih jugak kepada yang add saya sebagai kawan di facebook. Saya rasa anda semua tentu perasan "Buy Call" bagi tiga konter terbabit bila saya upload chart untuk konter minggu lepas. In syaa allah saya akan cuba upload chart Buy Call untuk minggu ini kalau diberi kesempatanTo have a good idea in term of that stock please do by contact me at thewancapital@gmail.com or add my facebook for detail of stock pick.

Saturday, July 6, 2013

MARKET REVIEW FOR NEXTWEEK (08/07/2013-12/07/2013)

As salam dan salam sejahtera semua,

Tahniah!!saya ucapkan kepada mana-mana pembaca yang follow post saya minggu lepas. GLOMAC dan MALTON memberi pulangan yang memberangsangkan. Berdasarkan kepada harga jumaat yang lalu, GLOMAC ditutup pada harga RM1.27 manakala bagi MALTON ditutup pada harga RM0.865. Walaupon salah satu konter tidak memberangsangkan iaitu SDRED, pada pandangan saya konter ini patut diletakkan di dalam watchlist.Ini kerana saya masih berpendapat bahawa konter ini bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada medium term investor.

Baiklah kita tinggalkan dahulu pekara yang dah berlalu dan kini kita tumpu untuk apa yang akan berlaku pada pasaran minggu hadapan.Pada pandangan saya pergerakan pasaran saham Malaysia akan berada di dalam peringkat pengukuhan yang mana di dalam bahasa inggerisnya "Sideways".Ini kerana pada minggu ini kita menyaksikan bahawa indeks FBM KLCI masih lagi berlegar pada para  paras 1700-1800 yang mana seperti yang telah dinyatakn oleh saya minggu lepas. "Resistance 1" ataupon halangan terdekat terletak pada 1783. Jika berlaku "Breakthrough" 1783, kita akan cuba menyaksikan FBMKLCI akan buat "Breakthrough" pada paras 1795. Manakala untuk "Support" kita menyaksikan 1765 sebagai new support dan jika "Support" pecah kita akan cuba melihat FBMKLCI untuk bertahan dari jatuh pada paras1742. Berdasarkan apa yang saya lihat pada pergerakkan market, saya lebih suka sarankan kepada semua trader supaya berada di dalam kedudukan side line. Ini kerana melihat kepada sentimen "Buy in September and Sell in May" sedikit sebanyak ia turut mempengaruhi indeks kita. Ini juga disokong dengan pendapat dari pakar bahawa Malaysia punya stock sepatutnya mengalami correction ataupon pembetulan. Tetapi buat high risk trader dan oppurtunist you always be welcome in market.


 Untuk minggu ini, suka saya sarankan untuk saudara dan saudari melihat dua sektor iaitu sektor perbankan dan jugak sektor besi. Ini kerana melihat pada pergerakan saham yang berada di kedua sektor ini, kebanyakkan kaunter terbabit telah mula menunjukkan signal untuk bergerak. Diantara kaunter-kaunter yang menarik minat saya adalah:
  1. MAYBANK      (RM10.38)
  2. RHB CAPITAL (RM8.50)
  3. HUAAN            (RM0.165)
  4. FACBIND         (RM1.20)

That all,

Thank you

Jeneral Of Ant Army

P/S- klse striker had been change to Thewan Capital. it also effects to blogspot adress also. feel free, please do follow this page :). Terima kasih jugak kepada yang add saya sebagai kawan di facebook. Saya rasa anda semua tentu perasan "Buy Call" bagi tiga konter terbabit bila saya upload chart untuk konter minggu lepas. In syaa allah saya akan cuba upload chart Buy Call untuk minggu ini kalau diberi kesempatanTo have a good idea in term of that stock please do by contact me at thewancapital@gmail.com or add my facebook for detail of stock pick.

Monday, July 1, 2013

MARKET REVIEW FOR NEXTWEEK (01/07/2013-05/07/2013)

As salam dan salam sejahtera semua,

Sudah lama saya tidak menulis berkenaan pasaran saham di Malaysia. Maafkan saya di atas kesibukan itu. In shaa allah saya akan kembali menulis menjelang penggal kedua tahun 2013 yang mana akan bermula esok 01/07/2013.

Untuk ulasan pertama bagi penggal kedua tahun 2013 saya suka untuk katakan bahawa pergerakan pasaran saham Malaysia akan berada di dalam peringkat pengukuhan yang mana di dalam bahasa inggerisnya "Sideways". Ini kerana berdasarkan apa yang saya lihat indeks FBMKLCI akan berlegar disekitar paras 1700-1800 yang mana "Resistance 1" ataupon halangan terdekat terletak pada 1783. Jika berlaku "Breakthrough" 1783, kita akan cuba menyaksikan FBMKLCI akan buat "Breakthrough" pada paras 1795. Manakala untuk "Support" pada 1742 dan jika "Support" pecah kita akan cuba melihat FBMKLCI untuk bertahan dari jatuh pada paras1722. Berdasarkan apa yang saya lihat pada pergerakkan market, saya lebih suka sarankan kepada semua trader supaya berada di dalam kedudukan side line. Ini kerana melihat kepada sentimen "Buy in September and Sell in May" sedikit sebanyak ia turut mempengaruhi indeks kita.



Untuk minggu ini, suka saya sarankan untuk saudara dan saudari melihat sektor properties. Ini kerana melihat pada pergerakan saham yang berada di sektor properties, kebanyakkan kaunter terbabit telah mula menunjukkan signal untuk bergerak. Diantara kaunter-kaunter properties yang menarik minat saya adalah:

  1. Glomac (RM1.210)
  2. Malton  (RM0.830)
  3. Sdred   (RM1.010)

That all,

Thank you

Jeneral Of Ant Army

P/S- klse striker had been change to Thewan Capital. it also effects to blogspot adress also. feel free, please do follow this page :). . To have a good idea in term of that stock please do by contact me at thewancapital@gmail.com or add my facebook for detail of stock pick.

BELAJAR APA HARI INI: INDIKATOR CHAIKIN VOLATILITY

  Chaikin Volatility (CV) adalah indikator yang digunakan untuk mengukur perubahan turun naik harga (volatility) dalam sesuatu aset. Ia mem...