Thursday, June 7, 2012

NOTA SAHAM 1- Membuka dan Jenis Akaun Cds/Nominee


As salam
Di Malaysia, saham di dagangkan di Bursa Malaysia. Sebelum seseorang individu dapat bermain atau membeli mana2 kaunter saham di bursa Malaysia. Mereka hendaklah terlebih dahulu membuka trading akaun dan CDS akaun.  Disini saya sertakan step by step untuk membuka akaun tersebut:

Step 1 – Buka Trading Akaun
Anda perlulah terlebih dahulu membuka akaun dgm stock broker yang berdaftar dgn bursa Malaysia. Anda dapat jumpa list stock broker yang berada di Malaysia di lama web bursa Malaysia. Antara contoh stock broker yang ada di Malaysia ialah KENANGA INVESTMENT BANK,RHB CAPITAL, MAYBANK INVESTMENT BANK, ECM LIBRA dan banyak lagi. Anda dinasihatkan untuk ke pejabatnya sendiri supaya urusan untuk membuka akaun lancar. Ini kerana ada sesetengah borang memerlukan tanda tangan anda dan pengesahan anda.

.Step 2 – Pilih antara Trading Akaun Terus atau Nominee
Untuk nominee trading akaun biasanya kamu akan appoint broker untuk pegang saham bagi pihak kamu. Ini bermaksud bila kamu beli saham,nama kamu tidak akan muncuk dlm buku pendaftaran kewujudan shareholders tetapi akan ditunjukkan broker name.Kelebihan nominee adalah kamu tidak perlu membuat apa paperworks seperti isi borang untuk bonus issue,right entitlement dan banyak lagi. Paling penting semua date line bukan kamu yang akan ingat tetapi broker kamu yang mana kamu masih lagi perlu memberi arahan apa yang mereka patut buat.Tetapi keburukan nominee akaun adalah mereka tidak dapat memohon IPO. IPO merupakan saham baru yang akan dilistedkan. Saham ini masih belum diniagakan di Bursa Malaysia. Semua mengenai IPO akan saya terangkan pada masa akan datang. Selain itu keburukan nominee adalah kamu tidak akan menerima annual report bg saham yang dipegangkan dan tidak dapat gift voucher.

Step 3 – Pilih antara Cash Akaun atau Contra Akaun
Bila kamu membuka akaun, akamu akan diberi pilihan samada mahukan cash akaun atau contra akaun. Cash akaun adalah dimana kamu hanya dapat membeli jumlah saham berdasarkan nilai duit yang anda ada didalam akaun. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 ke dalam cash akaunnya dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM1000 sahaja. Kelebihan cash akaun adalah brokerage fee nya yang murah. Untuk contra akaun, anda dapat membeli secara hutang. Itu lah bahasa kasarnya. Ini kerana contra akaun memberi anda kelebihan hutang sehingga 2 kali dari nilai anda tetapi berapa kali hutang itu bergantung kepada broker masing-masing. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 kedalam contra akaun dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM2000 sahaja.  

Step 4 – Pilih samada mahu membeli saham secara online atau offline
Untuk offline anda hendaklah memcari seorang remisier yang mana akan menguruskan akaun ada. Semua arahan beli atau jual akan diberikan kepada remeisier tersebut dan remeisier tersebut akan lakukan. Selain itu remeisier itu juga terlibat sebagai penasihat yang mana mereka akan menasihati kita samada sesuai atau tidak untuk membeli sesuatu saham.Untuk online pulak, segala urusan jual dan beli akan dilakukan oleh anda sendiri. Semua boleh dilakukan secara online. Kebanyakkan pelabur sekarang banyak memilih cara ini disebabkan brokerage feenya yang murah tetapi AWAS!!! Jika anda merupakan pelabur baru disarankan untuk anda belajar dahulu cara-caranya untuk melabur. Ini kerana kekurangan ilmu dapat membuat anda mengalami kerugian yang besar. SO WATCHOUT jika kamu memilih untuk menggunakan cara ini. 

Step 5 – Open Central Depository System (CDS) account
Seterusnya kamu perlu buka CDS akaun. Stock broker dipilih anda akan menolong anda membuka CDS akaun. CDS akaun adalah  akaun electronic yang mana bertindak seperti akaun biasa untuk merekod segala jual dan beli saham. CDS akaun ini dijaga oleh Bursa Depository yang mana dulu dikenali sebagai Malaysia Central Depository. Kamu perlu mengisi dan tandatangan CDS opening akaun form (FMN01). Anda juga perlu menandatangani dua salinan specimen card dan salinan kad pengenalan. Harga untuk CDS akaun RM10.
Ini sahaja dapat saya kongsi untuk NOTA SAHAM 1-MEMBUKA dan JENIS AKAUN NOMINESS/CDS. Insya allah kalau ada masa saya akan menulis NOTA SAHAM 2-Tajuknya????hehe RAHSIA..tungguuuuuuuuuu dan disini saya turut kongsikan video dari investopedia yang mana tindakan sesetengah dealer atau remeisier yang tidak akan menguntungkan kita apabila melakukan jual beli saham.

Sekian,

Jeneral of Ant Army






16 comments:

  1. Statement CDS account dan trading acount tu dapat tiap2 bulan secara pos ataupun boleh pilih untuk dapat online statement jer?

    ReplyDelete
  2. boleh pilih abg...that one masa daftar account ada bhgn yang akan tnya samada nak smpi statement or online sahaja

    ReplyDelete
  3. Anggota Tentera yang masih berkhidmat bolehkah melabur?Satu lagi yang dah Black List macam mana pula?

    ReplyDelete
  4. Anggota tentera boleh tiada masalah. Yang black list kena tgk pada broker. Sesetengah terima. kadang2 ada yang x terima

    ReplyDelete
  5. adakah maksud tuan ...akaun nominee x boleh beli ipo di atm machine atau miti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol sbb akaun nominee ni kira bkn account yang mana terletak bawah tuan. Nominee acc ni mcm maybank nominees act on behalf tuan dalam urusan jual beli share. Tp kalau direct it is totally nama tuan yang appear bila jual beli share

      Delete
  6. nak tanya, saya dah ada CDS acc. dekat mana nak mula main saham ?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas tunjuk ajar.
    Ilmu yg sangat2 berguna.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas tunjuk ajar.
    Ilmu yg sangat2 berguna.

    ReplyDelete
  9. mcmn cara nk buka direct cds acc??? sbb kalau pergi ke broker saham, mesti dia suruh buka yg nominee akaun...sbb dapat komisen kat diorng.
    mohon tunjuk ajar tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh apa2 account buka xkisah sbb dua2 dia dapat komisyen. Just mention kepada mereka nk buka direct cds account.

      Delete
  10. Tuan, sy nak tanya.. Klw sy buka acc NOMINEE (jenis cash upfront) , adakah ia sama dgn kontra dr segi trading limit? Limit=2/3 x drpd cash yg kita ada?

    ReplyDelete
  11. Ataupun acc CDS NOMINEE & DIRECT kedua2nya ada pilihan cash & contra

    ReplyDelete

BELAJAR APA HARI INI: INDIKATOR CHAIKIN VOLATILITY

  Chaikin Volatility (CV) adalah indikator yang digunakan untuk mengukur perubahan turun naik harga (volatility) dalam sesuatu aset. Ia mem...