As salam
Alhamdulilah bersyukur kepada ilahi kerana saya diberi peluang untuk menaip NOTA SAHAM 3 yang mana kali ini saya akan mengajar mengenai settlement date. Pada pemain contra(rujuk nota terdahulu) settlement date ini sgt penting. Ini kerana jika saham yang dibeli tidak terjual pada hari ketiga maka force selling akan berlaku pada keesokkan harinya. Ini dinamakan FORCE SELLING. Tetapi jika anda deposit duit pada hari ketiga, maka saham terbabit tidak kan dijual secara FORCE SELLING.
Step 1 – Fahami Settlement Date
Di Bursa Malaysia, semua belian dan jualan perlu di selesaikan pada 12.30 pm pada T+3 day dimana T mewakili bilangan hari pembelian dan transaksi. Ini bermaksud kamu harus membayar pembelian atau menjual pegangan yang anda ada pada hari berikutnya. Tetapi hari minggu dan public holiday tidak dikira. Jika kamu membeli saham dan gagal untuk membayar pada T+3,broker anda akan melakukan force selling pada keesokkan hari. Force selling dilakukan pada T+4.
Step 2 – Trading Settlement
Jika kamu memebeli saham kamu hendaklah membayar sebelum T+3, 12.30 pm. Jika duit simpan cukup maka transaction dapat diteruskan tetapi jika tidak mencukupi maka anda hendaklah mendepositkan duit ke dalam trust akaun
Pengiraan buying Settlement:
Total Buy Settlement (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty
Saham akan dikreditkan ke dalam CDS akaun pada T+3.
Pengiraan Selling settlement pula:
Total Sell Settlement (RM) = Nilai Saham – Brokerage Fees – Clearing Fees – Stamp Duty
Cash dari jualan akan dikreditkan ke trust akaun pada T+3
Ini merupakan NOTA SAHAM 3. Pada NOTA SAHAM 4 saya akan mengajar untuk mengira bagaimana untuk mengira profit dan loss dan fees apabila membeli di bursa Malaysia. Apabila anda tamat NOTA SAHAM 4 maka anda sudah menguasai asas dalam melabur di bursa Malaysia. Tetapi bnda paling penting pastikan anda melabur bukanya berjudi.
Sekian,
Jeneral Of Ant Army
yg nie aku x fhm laaa..=p..
ReplyDeletestep 1 n 2 tu untk yg bukak contra akaun jer kn??
klu yg cash, len kn??
sama jah bidi..contra beli hutang manakala settelement date ni memang gni. xkira mu beli cash or contra
ReplyDeleteTp kalau pakai cash rasenye xde force selling kn sebab kte cuma boleh beli saham dgn jumlah yg ade dlm akaun kte je kn?? Ke mcm mane??
ReplyDeleteBetul. The best way guna cash apabila kita jual beli saham. So bila berlaku kejatuhan emosi kita stabil. The best make sure duit dalam kita beli saham ni mcm duit yang memang xguna utk keperluan hidup .
ReplyDelete