Monday, July 1, 2013

MARKET REVIEW FOR NEXTWEEK (01/07/2013-05/07/2013)

As salam dan salam sejahtera semua,

Sudah lama saya tidak menulis berkenaan pasaran saham di Malaysia. Maafkan saya di atas kesibukan itu. In shaa allah saya akan kembali menulis menjelang penggal kedua tahun 2013 yang mana akan bermula esok 01/07/2013.

Untuk ulasan pertama bagi penggal kedua tahun 2013 saya suka untuk katakan bahawa pergerakan pasaran saham Malaysia akan berada di dalam peringkat pengukuhan yang mana di dalam bahasa inggerisnya "Sideways". Ini kerana berdasarkan apa yang saya lihat indeks FBMKLCI akan berlegar disekitar paras 1700-1800 yang mana "Resistance 1" ataupon halangan terdekat terletak pada 1783. Jika berlaku "Breakthrough" 1783, kita akan cuba menyaksikan FBMKLCI akan buat "Breakthrough" pada paras 1795. Manakala untuk "Support" pada 1742 dan jika "Support" pecah kita akan cuba melihat FBMKLCI untuk bertahan dari jatuh pada paras1722. Berdasarkan apa yang saya lihat pada pergerakkan market, saya lebih suka sarankan kepada semua trader supaya berada di dalam kedudukan side line. Ini kerana melihat kepada sentimen "Buy in September and Sell in May" sedikit sebanyak ia turut mempengaruhi indeks kita.



Untuk minggu ini, suka saya sarankan untuk saudara dan saudari melihat sektor properties. Ini kerana melihat pada pergerakan saham yang berada di sektor properties, kebanyakkan kaunter terbabit telah mula menunjukkan signal untuk bergerak. Diantara kaunter-kaunter properties yang menarik minat saya adalah:

  1. Glomac (RM1.210)
  2. Malton  (RM0.830)
  3. Sdred   (RM1.010)

That all,

Thank you

Jeneral Of Ant Army

P/S- klse striker had been change to Thewan Capital. it also effects to blogspot adress also. feel free, please do follow this page :). . To have a good idea in term of that stock please do by contact me at thewancapital@gmail.com or add my facebook for detail of stock pick.

2 comments:

BELAJAR APA HARI INI: INDIKATOR WILLIAMS %R

Williams %R hampir sama seperti Stochastic, digunakan untuk kenal pasti overbought/oversold. Cara Bacaan: %R lebih dekat -20 → Overbought....