Saturday, June 30, 2012

NOTA SAHAM 10-Strategi-Strategi Digunapakai Dalam Pelaburan

As salam kepada semua pembaca.Untuk NOTA SAHAM kali ini saya akan bercerita mengenai strategi yang diguna pakai apabila anda hendak melabur. Selepas kamu telah buka akaun cds, bolehlah kamu mula bermain saham. di dalam saham ini ada dua strategi yang kita boleh gunakan.

1)STARATEGI PELABURAN NILAI

2)STRATEGI PELABURAN MOMENTUM

Baiklah untuk minggu ini saya akan terangkan kan dulu yang mana baik atau buruk bg setiap strategi pelaburan dia atas.

1)STRATEGI PELABURAN NILAI

-digunakan oleh warren buffet( xknal google k :) )

-strateginya berdasarkan buy and hold approach. dia beli pastu dia simpan harga naik dia jual

-risiko ada la gak sikit. main saham ni mustahil la xder risiko cuma bagi strategi ini risiko dia skit.

-warren buffet guna strategi ini la smpi dia jadi org no dua terkaya di dunia. dia start invest rm100k dan duit dia ganda setiap 3 tahun secara purata. sekarang duit tu dah bernilai 53billion us

-cara dia simple je. dalam strategi ini kita akan beli saham pada bawah nilai. contohnya harga saham syarikat abc sebenarnya rm5 tetapi harga saham syarikat abc sekarang pada rm2. jadi kita akan beli saham ini tunggu dan kita akan jual apabila harga sahamnya rm5. kita akan untung rm3.

-cara nak kira saham nilai ini akan di ajar next week

-kelemahanya strategi ini ambil masa yang agak lama dalm tempoh 6 bulan hingga 10 bulan

2) STRATEGI PELABURAN MOMEMTUM

-strategi ini kita dapat untung dlm tempoh 4-8 minggu

-risiko sgt tinggi.

-beli saham apabila ia dalam trend menaik.

-bila saham mula jatuh jual

-selalunya saham ini di syarikat yang umurnya kurang dario 10 tahun.

-xkukuh sekali jatuh harganya kebarangkalian nak naik balik susah.

-nota bg nak tahu dan kira saham momentum selepas nota pelaburan nilai

-xdigalakkan melainkan bg yang dah pengalam boleh la try

tu sahaja bagi minggu ini xpaham boleh tanya ok....

Setakat ini dahulu untuk NOTA SAHAM kali ini. Insya Allah jika diizinkan akan menulis lagi NOTA SAHAM 11-Strategi Pelaburan Nilai.Disini saya turut sertakan video bagi anda lebih memahami mengenai NOTA SAHAM 10. Jika anda rasa blog ini rasional mintak tolong jasa anda sekalian silalah share this blog.

Sekian,

"trading at your own risk"

Jenereal Of Ant Army



Monday, June 25, 2012

NOTA SAHAM 9-BAGAIMANA MAHU MEMILIH SAHAM IPO YANG ADA UMPHHH

As salam dan Salam Sejahtera

NOTA SAHAM kali ini merupakan sambungan kepada NOTA SAHAM yang lepas yang mana mengenai IPO(Initial Public Offering). Ok untuk NOTA SAHAM yang lepas saya telah bercakap mengenai bagaimana mahu memohon IPO melalui Online Banking manakala pada NOTA SAHAM  kali ini saya ingin berbicara mengenai "Bagaimana Mahu Memilih IPO yang ADA UMPHHH". Maksud saya IPO yang akan menguntungkan kita apabila disenaraikan kelak.

Untuk memilih IPO yang ADA UMPPHH pekara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membaca Prospektus yang mana akan dikeluarkan oleh syarikat terbabit.Prospektus adalah merupakan dokumen yang menunjukkan keadaan kewangan sesebuah syarikat yang ingin disenaraikan dengan tujuan untuk menarik perhatian pembeli. Prospektus ini akan memberi maklumat syarikat terbabit dari segi aktiviti perniagaan syarikat terbabit,penyata kewangan syarikat terbabit, senarai board of director dan byk lagi maklumat mengenai syarikat terbabit.

Orang ramai kemudiannya akan melihat prospektus terbabit dan menilai sama ada mahu membelinya atau tidak. Beberapa pekara yang perlu dititik berat supaya pelabur membeli IPO yang ADA UMPHHH adalah seperti berikut:

1.Lihat sejarah syarikat terbabit berdasarkan tiga pekara:
a)Sejarah Jualan Syarikat Terbabit(Jualan syarikat meningkat menunjukkan syarikat bagus). Ambik sekurang-kurangnya 3-5 tahun yang lepas
b)Sejarah keuntungan Syarikat terbabit(Keuntungan meningkat menunjukkan syarikat bagus). Ambik sekurang-kurangnya 3-5 tahun yang lepas
c)Aliran tunai syarikat terbabit(Penting). Tanpa aliran tunai yang positif bagi syarikat terbabit,syarikat boleh dikatakan dalam bahaya dan  boleh merendahkan nilai syarikat terbabit.


2) Lihat tujuan utama syarikat terbabit mengeluarkan IPO. Jika tujuan utamanya adalah untuk mengembangkan perniagaan ,jadi IPO syarikat terbabit merupakan bagus tetapi andai kata untuk membayar hutang maka IPO terbabit kurang bagus. Tapi tidak bermaksud semua IPO yang dikeluarkan untuk membayar hutang tidak bagus.


3) Sila kaji persaingan yang syarikat terbabit ada di dalam pekara berikut:
a) Jenama-Popular ke tidak?
b) Bentuk Produk-Menarik perhatian atau tidak?
c) Saiz syarikat terbabit-Besar atau kecik
d) Kawalan Pasaran-Monopoli atau tidak dalam produk atau servis yang dijual


4) Sila lihat juga dividen yang dibayar oleh syarikat terbabit kepada pemegang saham. Syarikat yang bagus akan mempunyai bayaran dividen tahunan yang meningkat dari tahun ke tahun. Ambik 3-5 tahun ke belakang.


5) Pastikan anda juga melihat CEO punya ucapan dan lihat apa yang beliau rancangkan untuk syarikat beliau untuk tempoh tahun-tahun yang akan datang.


Sekian dulu untuk NOTA SAHAM kali ini. Untuk NOTA SAHAM AKAN DATANG kita akan belajar startegi yang boleh diguna pakai dalam melabur saham..


Sekian..

Jeneral Of Ant Army

Sunday, June 24, 2012

NOTA SAHAM 8-Macam Mana Mahu Membeli IPO Dari Online Akaun

As salam dan Salam Sejahtera....

Jom sambung NOTA SAHAM 8...Kali ini saya akan mengajar mengenai IPO. Initial Public Offering atau IPO adalah merupakan antara langkah pertama yang dilakukan oleh sesebuah syarikat sebelum disenaraikan di BURSA MALAYSIA. Tindakan ini dilakukan oleh sesebuah syarikat untuk mengumpul dana dari orang awam yang mana duit yang terkumpul dari jualan IPO akan digunakan untuk operasi syarikat. Selalunya duit dari IPO akan digunakan oleh syarikat terbabit untuk membayar hutang syarikat,atau membesarkan operasi syarikat. Untuk memohon IPO, anda perlulah:

1.Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas
2.Mempunyai akaun CDS yang aktif yang mana akaun terbabit di daftarkan dibawah nama anda sendiri. Jika anda masih tidak mempunyai akaun CDS,bolehlah rujuk NOTA SAHAM yang terdahulu.

 Kebanyakan pembelian IPO dapat dilakukan melalui transaksi online atau atm. Tetapi di dalam post ini saya akan mengajar bagaimana caranya untuk memohon IPO melalui online.Ini kerana memohon melalui online lebih senang dan menjimatkan masa.Permohonan ini dapat dilakukan melalui Maybank atau Cimb tetapi untuk post ini saya akan tunjukkan bagaimana melakukan permohonan melalui CIMB. Anda tidak perlu risau kerana jika anda mahu memohon melalui Maybank sekalipon caranya hampir sama.

step 1: Layari cimbclick dan log masuk ke akaun anda

step 2: Di dalam page utama, dibawah "Manage My Wealth"menu click eIPO menu.

step 3: Disebelah kiri menu klik "Apply Now" menu.

step 4: Anda dapat melihat senarai IPO yang ada. Jika ada click "Apply" button now.

step 5: Baca segala syarat dan peraturan dan jika anda faham klik "I have read the relavant" 
penyataan dan klik "Agree and Submit" button untuk meneruskannya.

step 6: Beberapa pekara yang perlu anda isi seperti:

1.Pembayaran dari akaun mana untuk pembelian IPO di atas ("Payment From")
2.Pilih bangsa anda
3.Masukkan nombor CDS akaun anda
4.Masukkan bilangan lot IPO yang anda mahu beli. 1lot sama dengan 100unit
5.Tekan "Submit button" apabila sudah selesai.

step 7: Review semua bnda dan klik "Confirm" untuk membeli.

Tahniah,anda kini sudah berjaya membeli IPO terbabit. Apa yang perlu anda lakukan adalah menunggu jawapan sama ada anda berjaya atau tidak dalam membeli IPO terbabit. Anda akan dikenakan caj sebanyak RM2.50 jika anda mempunya CDS akaun bkn CIMB manakala RM2.00 jika anda mempunyai akaun CDS dgn CIMB.

Jika anda berjaya, jumlah saham yang anda beli akan dikreditkan ke dalam akaun CDS anda dan jika anda tidak berjaya, jumlah wang yang digunakan untuk membeli IPO terbabit akan di kembalikan kepada akaun anda cuma caj yang dikenakan tidak akan dikembalikan. Supaya anda lebih memahami apa itu IPO,saya sertakan sekali video mengenai IPO yang diambil dari investopedia. Sekian dahulu NOTA SAHAM kali ini.


Sekian ,


Yang Benar,


 Jeneral Of Ant Army





NOTA SAHAM 7-Perbezaan Antara Direct dan Nominee CDS akaun

As salam dan salam sejahtera. Saya sambung NOTA SAHAM 7 pada hari ini jugak. Apabila anda membuka trading akaun dgn broker, satu akaun CDS akan dibuka pada masa yang sama. Selalunya broker saham boleh menawarkan Direct CDS atau Nominee CDS akaun. CDS bermaksud "Central Depository System" dan dikawalselia oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. Perbezaan antara dua akaun ini dinyatakan dibawah.

Type of CDS Account
  
Direct 

Nama Akaun
Under shareholder name (eg Mr M)
Permohonan IPO
layak
Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise
diurus oleh pemilik saham
Dividend
dihantar kepada pemilik saham
Kehadiran AGM
layak
Laporan Tahunan
dihantar kepada pemilik saham
Pindahan Saham
kepada akaun sendiri atau sanak saudara dan berkaitan

Nominee

Nama Akaun
dibawah nama broker ( eg HLG Nominee Tempatan for Mr M)
Permohonan IPO
tidak layak
Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise
diurus oleh broker dan mungkin dikenakan caj.
Dividend
dimasukkan kepada trust akaun yang ada dengan broker
Kehadiran AGM
tidak layak
Laporan Tahunan
memohon dari broker
Pindahan Saham
hanya akaun sendiri

Dengan melihat pekara-pekara di atas dapatlah disimpulkan bahawa Direct CDS akaun mempunyai lebih banyak kebaikan daripada nominee CDS akaun. Kelebihan yang ada pada nominee CDS akaun adalah pemilik saham tidak perlu risau mengenai kertas kerja mengenai corporate exercise.


Sekian dahulu untuk NOTA SAHAM kali ini.....


Yang Benar,

Jeneral Of Ant Army

NOTA SAHAM 6-Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Buat Di Bursa Malaysia

As salam dan Salam Sejahtera...

Alhamdulilah saya masih diberi kudrat untuk menyambung aktiviti menulis BLOG saya. Pada kali ini saya akan menulis mengenai "Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Di Bursa Malaysia.Bursa Malaysia dikawal dan tadbir oleh Capital Markets and Services Act 2007 (“CMSA“). CMSA  dikelaskan sebagai badan berkanun yang menyediakan dan mengawalselia semua aktiviti trading di Bursa Malaysia.Ada 4 pekara yang tidak dibenarkan oleh CMSA dalam trading.

1. Section 98 of CMSA – Short Selling 

Short selling adalah tindakan pelabur menjual saham yang tidak dimilikinya. Undang2 mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menjual sahamnya melainkan:
  • Dia mempunyai atau dia menjual sebagai ejen atau prinsipal
  • Dia melakukan atas sebab yang logik atau sebagai ejen atau prinsipal
Sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah section 98 of CMSA dan disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi 5 juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua2nya sekali.


2. Section 175 of the CMSA – False Trading /Market Rigging

Ini melibatkan transaksi dimana pembeli dan penjual adalah sama sebagai contoh melibatkan CDS yang sama atau menyerahkan kepada sesuatu kumpulan CDS akaun. Hasil transaksi tidak membawa perubahan dalam kebaikan kepada pemilik.

Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kamu mengelak dari meletakkan harga beli dan jual yang sama yang mana tanpa sengaja padan dengan order sendiri dan menyebabkan tidak membawa kebaikan kepada pemilik 

.
Sesiapa yang disabitkan bersalah section 175 dan disabitkan kesalahan boleh disabitkan penjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang dari 1juta ringgit


3. Section 176 of CMSA- Stock Market Manipulation

Stock market manipulation adalah tindakan transaksi saham sesebuah syarikat yang mana akan memberi kesan dalam menaikan atau menurunkan atau mengekalkan harga sesebuah saham syarikat di bursa dengan niat untuk mempengaruhi orang lain untuk membeli atau menjual saham syarikat terbabit.

Sesiapa disabitkan bersalah section 176 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak melebihi 1 juta ringgit.



4. Section 188 of CMSA – Insider Trading
Insider trading or dealing adalah pembelian saham syarikat oleh pihak yang mempunyai maklumat yang mana masih belum diumumkan kepada orang awam yang mana akan memberi impak/kesan kepada harga saham syarikat terbabit jika diumumkan kepada orang awam.

Sesiapa yang disabitkan bersalah section 188 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan akan didenda tidak kurang 1 juta ringgit


Source : Jupiter Securities



Diharap para pelabur tidak melakukan pekara seperti di atas kerana buruk padahnya
 
Sekian dahulu NOTA SAHAM 6....bersambung pada NOTA seterusnya 


Yang benar,


Jeneral Of Ant Army

Sunday, June 17, 2012

NOTA SAHAM 5-Hukum Jual Beli Saham Dari Perspektif Islam


As salam....
 
Untuk post kali ini saya telah mengambil artikel ini dari ustaz zaharuddin. Beliau merupakan seorang yang mahir dlm kewangan islam. Beliau mempunyai websitenya tersendiri yang mana sebarang kemuskilan mengenai agama boleh di ajukan di website beliau. Artikel ini credit untuk beliau.
 

Penyertaan Dalam Pembelian Saham
Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama dengan hukum bersyarikat atau musharakah atau rakan kongsi. Ia adalah harus menurut Shariah dari al-Quran dan Hadith. ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 )
Dalil dari Al-Quran :
فهم شركاء في الثلث
Ertinya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 )
Antara hadith :
أنا ثالث الشريكين ما لم يخن أحدهما صاحبه
Ertinya : Nabi menyatakan :" Aku orang ketiga bersama dua orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud ) 

Syarat Umum
Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal menyertai aktivti urusniaga saham ini adalah :-
a. Penubuhan dan penyertaan sebuah syarikat yang patuh Shariah di dalam bursa adalah harus.
b. Tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa menyertai atau membeli saham syarikat yang asas utama perniagaannya adalah haram seperti memberi pinjaman Riba atau berniaga barangan yang diharamkan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Majoriti ulama dunia mengharuskan penjualan dan pembelian di bursa kerana :-
1- Syarat Ijab Qabul telah terlaksana dalam pembelian dan pemilikan saham.
2- Majlis Pengarah syarikat telah mewakili seluruh pemegang saham dalam pelaksanaan syarikat mereka.
Justeru, antara para ulama besar yang mengharuskannya adalah Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Ali Khafif, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr Muhammad Yusof Musa dan ramai lagi. ( At-Takaful Al-Ijtima'ie, Abu Zahrah, 2/184 ; As-Syarikat : Ali Khafif, hlm 96 ; Al-Mualamat Al-Maliah, Uthman Syabir, hlm 206)

Sedikit Pertikaian Hukum Berkongsi syarikat Dengan Bukan Islam
Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan keharusan membeli saham patuh shariah yang majoriti pemilikannya dimiliki oleh individu bukan Islam.
Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai makruh. Ia berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a
لا تشاركن يهوديا ولا نصرانيا ولا مجوسيا قلت لم قال لانهم يربون والربا لا يحل
Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, "Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi" , maka aku ( Ibn Hamzah) bertanya "  Mengapa tidak?" Jawab Ibn Abbas : "Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal" ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 ; Al-Muhazzab, 1/345 )
Hadith di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap ber'musharakah' dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala Imam Ahmad, Awzaie dan Hasan al-basri menganggapnya harus. Imam Ibn Quddamah juga mengatakan kata-kata Ibn Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan sahabat lain.
Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan iktikad ianya dari pendapatan mereka yang halal sebagaimana Nabi SAW diriwayatkan membeli makanan dari Yahudi dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (Al-Mughni, Ibn Quddamah).
Pandangan mengharuskan dengan melihat kepada perincian aktiviti syarikat ini disokong kuat oleh ulama besar kontemporari seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa. Beliau menolak pengharaman umum ke atas penyertaan di bursa saham. ( Al-Muamalat Al-Maliah, Syabir, hlm 210 )
Justeru selagi mana urusniaga syarikat adalah menepati Shariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan Islam yang samada diketahui atau tidak bahawa modalnya dari yang haram. Ia juga dikuatkan oleh riwayat berikut :-
روى الخلال بإسناده عن عطاء قال نهى رسول الله عن مشاركة اليهودي والنصراني إلا أن يكون البيع والشراء بيد المسلم
Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )

Di Malaysia
Oleh kerana di Malaysia, telah wujud Jabatan Modal Islam di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang antara lain telah mengeluarkan senarai Sekuriti (Syarikat) Patuh Shariah, justeru sebarang pembelian saham yang termasuk dalam senarai ini adalah harus pada asalnya. Rujuk http://www.sc.com.my/ dan dapatkan senarai tersebut dengan percuma.
Ketika ini sekitar 80 % dari 889 sekuriti (saham) yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur adalah patuh Shariah atau disahkan halal. Jumlah 'market capitalization' pula mencecah RM 343 Billion. Dari 10 buah sekuriti yang terbesar di BSKL, 5 antaranya adalah patuh Shariah yang membawa kepada wujudnya  KLSE Syariah Index pada tahun 1999 (http://www.sc.com.my/capitalmy/Oct03/html/MasICM.html)


  Hukum Umum
Kebanyakan ulama kontemporari berpendapat tatkala anda membeli saham sesuatu syarikat, anda sebenarnya telah memiliki sebahagian kepentingan equiti syarikat tersebut, ini bermakna sebagai pemegang saham, anda dikira sebagai rakan kongsi dari sudut pandangan Islam. Justeru, sebagai rakan kongsi, anda terdedah kepada risiko mendapat kerugian atapun kelebihan keuntungan. Hal ini menjelaskan bahawa hukum asal pembelian saham adalah halal kerana ia didasari aqad 'Musyarakah'.
Pembelian saham harus dibuat melalui 'broker' atau 'remiser'. Tugas mereka biasanya adalah menentukan nilai pasaran dan coraknya, mengiklankan sebarang aset untuk jualan, menayangkan beberapa aset kepada pemebli yang berpotensi, menasihati pelanggan dalam tawaran yang diterima, sebagai wakil untuk membeli dengan upah tertentu.

Hukum broker
Sekadar menjadi wakil kepada pelanggan serta mengambil upah, ia adalah harus dalam Shariah menurut hukum 'Al-Wakah bil Ujr' (agen dengan upah) yang selagi mana sekuriti (saham) yang dibelinya juga adalah patuh Shariah.
Sebarang pembelian saham tidak patuh Shariah akan menyebabkan keuntungan hasil dari upah belian tadi juga adalah haram. Sebagaimana disebutkan
وأن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : "Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mengharamkan sesuatu maka haram jualah harga ( keuntungan dari jualannya)" ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud,  Albani : Sohih ; Ghayatul Maram, no 318 )
Justeru, sebarang upah dari pekerjaan haram adalah haram, upah wakil pembelian saham yang haram juga haram sebagaimana hadith di atas.
Fungsi broker juga adakalanya menjadi sebagai orang tengah dengan bank atau mana-mana Institusi kewangan Riba untuk memberikan pinjaman dengan 'interest' kepada pelanggan untuk membeli saham yang dijanka baik dan akan naik adalah haram disebabkan keterlibatan dengan Riba tadi.

Teknik pembelian & Hukum
Berikut beberapa cara yang yang biasa digunakan dan disertakan makluman hukumnya secara ringkas:-
1) Short Selling ( Jualan Singkat )
Jualan singkat ialah tindakan seseorang menjual sekuriti (saham) yang tidak dimilkinya pada masa jualan .
Secara umumnya, 'short selling' terlibat dengan pinjaman sekuriti (saham) dan kemudian menjualnya dengan andaian ia boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya ia akan beroleh keuntungan hasil perbezaan harga tadi, dalam konteks ini, proses jualan seolah-olah  telah diterbalikkan.
Isu shariah di sini adalah di dalam Islam, sekiranya seseorang ingin mendapatkan untung dari sesuatu saham, mereka mestilah memiliki saham itu terlebih dulu.
Nabi SAW menyebut :-
لا تبع ما ليس عندك
Ertinya : "Jangan kamu jual sesuatu yang tidak kamu miliki"
Justeru, para ulama berpendapat jualan ini adalah diharamkan.  (Dr Ma'bad Ali Al-Jarihi, Al-Aswaq Al-Maliah, 1/134 ; Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 269 )
Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat keputusan bahawa jika short selling dibuat secara khas dan terkawal (regulated short selling), ia adalah harus. Rujuk Suruhanjaya Sekuriti untuk info lengkap berkenaan Regulated Short Selling yang dibuat atas konsep Ijarah  dengan beberapa pengecualian berdasarkan konsep Istihsan. ( Keputusan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Edisi Kedua, hlm 79)

 2) Margin trading or buying
Margin trading adalah membeli saham dengan menggunakan wang yang dipinjam dari broker. Kebiasaannya faedah akan dikenakan atas pinjaman ini. Jika ini berlaku, hukum menggunakan kaedah ini adalah haram disebabkan pinjaman Riba tadi. Selain itu ia juga amat berisiko buat pelabur kerana jika saham yang dibelinya rugi, ia akan menanggung kerugian berganda. (Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 271 ; http://en.wikipedia.org/wiki/Margin_trading)

3) Options Trading
Takrifnya adalah : Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajiban) kepada pemegangnya untuk membeli atau menjual sesuatu saham yang dipersetujui pada harga yang ditentukan. Tiada kewajiban bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi yang membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak  (AAOIFI Shariah Standard, hlm 356).
Terdapat juga sebahagian 'options' yang menyebut bahawa jika salah satu pihak menolak untuk melakukan transaksi pada tarikh yang ditentukan, ia perlu membayar gantirugi yang telah ditentukan jumlahnya di awal tadi. Ia juga adalah haram menurut para ulama Islam. (Al-Ashum Wa- As Sanadat Wa Ahkamuha , Dr Ahmad Al-Khalil, hlm 208)
Secara kesimpulan, ia juga instrumen konvensional yang diharamkan.

4) Day Trading
Day trading merujuk kepada praktis menjual sesuatu saham pada hari yang sama ia dibeli iaitu sebelum pasaran ditutup pada hari itu.
Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumnya, sebahagian besar berpendapat ianya harus kerana saham yang telah dibeli adalah hak milik penuh pembeli, ia boleh menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian ulama yang lain berpendapat jika ia dijual pada hari yang sama, elemen spekulasi menjadi besar dan boleh menjadikannya sebahagian dari perjudian.

5) Swing trading
 Swing trading bererti pembeli saham akan menyimpan sahamnya sekitar satu hingga empat hari. Kemudian akan menjualnya semula apabila didapati harga lebih tinggi dari harga beliannya.

Kejayaan ‘swing trading' tertakluk kepada sejauh mana bijaknya pelabur memilih saham yang ingin dibeli. Biasanya para pelabur sebegini akan mengunakan analisa teknikal bagi memilih sebarang sekuriti (saham) yang mempunyai potensi ini.

Hukum ;
 Saya tidak melihat terdapat sebarang masalah Shariah dalam urusniaga ‘swing trading' ini selagi ia tidak melibatkan hutang dengan faedah dan sahamnya patuh Shariah.

6) Range trading
Para pelabur yang menggemari ‘range trading' biasanya akan memerhatikan turun naiknya sesebuah saham yang sedang ditekuni. Menurut teori sebahagian pengkaji saham, setiap kali nilai sesuatu saham itu naik tinggi, ia akan jatuh kembali dan akan naik kembali. Kumpulan pelabur jenis ini akan cuba memanfaatkan peluangnya dengan membeli saham tersebut sebelum harga benar-benar jatuh di tahap terbawah. Setelah itu, ia akan menunggu agar harga saham tadi naik kembali lalu menjualnya bagi mendapat untung hasil perbezaan harga beliannya dan jualan semasa. Dengan itu, ia dapat membeli dengan harga yang murah dan menjual ketika mahal.

Hukum ;
 Saya tidak sempat membuat semakan terperinci perbincangan para ulama berkenaan hal ini. Malah perbincangan tentang hukumnya hampir tidak ada dalam perbincangan kitab-kitab dan tesis kontemporari yang sempat saya semak. Kemungkinan ia dianggap termasuk dalam pembelian saham biasa dan penjualan juga biasa yang mana hukumnya adalah halal.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan unsur spekulasi yang mirip kepada perjudian boleh menjadi semakin ketara di sini. Ini kerana, pembelian saham yang tulen lagi halal adalah didasari oleh pembelian hak pemilikan dalam sesebuah syarikat didorong oleh potensi masa hadpan yang cerah dan kualiti bisnes yang dijalankan. Walaubagaimanapun, dalam hal ‘range trading', ia seolah-olah tidak memberikan fokus utama kepada bisnes syarikat itu dan potensinya, sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah ‘trend' jatuh naik harganya sahaja.

Justeru, di masa ketiadaan mana-mana fatwa yang sempat saya temui dalam hal ini. Saya menasihatkan agar mana-mana pelabur yang ingin membuat cara ini memberikan perhatian lebih kepada potensi saham dan bisnesnya berbanding berspekulasi harga sahaja bagi mengelakkan syubhah dalam pembeliannya.

7) Loan Stock

Ia adalah samada saham biasa atau saham istimewa yang digunakan sebagai cagaran untuk sesuatu hutang dari pihak lain. Yang mana hutang tadi adalah suatu hutang yang telah ditetapkan kadar faedah tertentu. Sesuatu hutang yang dijamin ini boleh bertukar kepada pemilikan saham dengan syarat-syarat yang tertentu dan dengan kadar pertukaran yang telah dipersetujui.

Di ketika ini, hukum ‘loan stock' yang ada di pasaran adalah haram menurut Islam kerana ia akan memasukkan sekali jumlah faedah atau Riba dari pinjaman tadi.

8) Waran Panggilan (Call Warrant)

Warran panggilan adalah satu hak, tetapi bukan kewajiban untuk membeli sesuatu asset atau saham dengan kuantiti tertentu dengan harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Ia diterangkan oleh investopedia sebagai

"A warrant that gives the holder the right to buy the underlying share for an agreed price, on or before a specified date"

Call warrant adalah harus menurut Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dengan syarat saham yang berkaitan dengan waran ini ialah saham patuh Shariah. (Keputusan Majlis Penasihat Shariah, hlm 66)


9) Saham Keutamaan ( Preference Shares)

Antara keterangan bagi saham keutamaan adalah seperti berikut :-
A class of ownership in a corporation that has a higher claim on the assets and earnings than common stock. Preferred stock generally has a dividend that must be paid out before dividends to common stockholders and the shares usually do not have voting rights.

The precise details as to the structure of preferred stock is specific to each corporation. However, the best way to think of preferred stock is as a financial instrument that has characteristics of both debt (fixed dividends) and equity (potential appreciation). Also known as "preferred shares".  (http://www.investopedia.com/terms/p/preferredstock.asp )
Hukum ;
Majlis Fiqh Antarabangsa, Dallah Al-Barakah dan Majlis Fatwa Eropah memfatwakan pembelian saham keutamaan adalah haram. Antara ciri yang menjadikannya haram adalah kerana : -
a- ia mempunyai unsur jaminan modal,
b- pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.
c- Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan 'liquidation'. Malah jika syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu'asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205 )
Di dalam Islam, di dalam sebuah persyarikatan, tidak sepatutnya terdapat sebarang keutamaan kepada mana-mana rakan kongsi dan mereka patut diberikan hak sama rata. Kecuali nisbah pembahagian  keuntungan sahaja yang boleh dipersetujui bersama.
Bagaimanapun, fatwa ini juga menjelaskan bahawa jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal.

10) T + 3
Disebutkan takrifnya oleh web bursa Malaysia sebagai :-
There is no physical delivery of shares under the CDS. Instead, the CDS uses a simple book entry system to keep track of the movement of shares which arise from trades affected on Bursa Malaysia. For example, if you are a buyer of share A, your CDS account will be credited with Share A and the seller's account will show a debit of Share A. Sellers must have adequate shares in their CDS accounts by 12.30 pm on T+2 and buyer's account will be credited on T+3 with the shares, with T being the transaction date.
Atau secara mudahnya T+3  bererti urusniaga pembelian saham  dibuat sebagai contoh pada hari Isnin, tetapi pembayaran bagi pembelian tadi akan diselesaikan dalam sebelum atau pada hari khamis ( dalam masa 3 hari). Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.
Walaubagaimanapun, jangan disangka bahawa di antara tempoh 3 hari itu, seseorang mempunyai masa untuk membatalkan urusniaga. Urusniaga telah termeterai pada hari urusniaga iaitu hari isnin dalam contoh di atas cuma proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat.  ( http://www.investopedia.com/ )

Hukum

a) Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal ; Jika pembeli membeli sekuriti patuh Shariah dengan cara T-3, beliau juga sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari hari pertama lagi.  Kemudian ia menjualnya apabila dilihat harganya menaik walaupun sebelum sampai tempoh pembayaran dibuat.
Menurut keterangan di dalam web bursa Malaysia (http://www.bursamalaysia.com/website/bm/bursa_basics/) seseorang yang ingin membeli mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk ‘cover' harga ysaham yang dibeli dan juga kos transaksi.
Tatkala itu saya berpandangan bahawa hak milik sekuriti yang dibeli telah sempurna dan ia juga memang mempunyai wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu walaupun belum sampai hari perlu bayar, tatakala itu, belian dan jualannya adalah sah.
Adapun jika si pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya dipinjam dari wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi dari apa yang dibeli,
Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang duibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar. Bagi saya urusniaga seperti ini ( jika berlaku) ia tidak syak lagi mempunyai unsur Riba (jika modal yang dipinjam punyai interest),
Sekiranya tiada punyai sebarang ‘interest', ia masih mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang mencukupi, ia hanyalah bergantung kepada wang broker yang mengabuinya. Tatkala itu transaksi ini tidak halal. Wallahu'alam.

b) Jika pemilikan sekuriti ( saham) tidak bertukar dengan serta merta pada hari urusniaga dijalankan, ia adalah haram kerana ia tergolong dalam larangan nabi jual hutang dengan cara hutang. Dalil larangannya :
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الكالئ بالكالئ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )
Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan  Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)
Maksudnya, jika membeli sesuatu saham, dan pembayaran akan dibuat dalam masa 3 hari dan pertukaran milik juga hanyaa akan dibuat dalam 3 hari. Ia diharamkan kerana tergolong dalam larangan hadith di atas. Bagaimanapun, jika pertukaran milik saham berlaku di waktu transaksi, hanya pembayaran dalam masa 3 hari, maka ia halal. 

11) Kontra
Menrut kefahaman saya, pembelian saham secara kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang cukup didalam akaun. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa harga saham yang dibelinya akan naik sbeelum sampai hari wajib bayar.
Urusniaga seperti ini dinamakan kontra dan ia telah larang untuk dilakukan di Malaysia. Dahulu, ia memang berlaku terutama sewaktu T + 7 diamalkan iaitu hari pembayaran adalah  tujuh hari selepas transaksi.

Hukum
Hukum bagi transaksi kontra ini adalah perjudian pada pandangan Islam dan diharamkan.

Sekian

Jeneral Of Ant Army

Thursday, June 14, 2012

NOTA SAHAM 4- Pengiraan Untung dan Rugi


As salam…

Ini merupakan NOTA SAHAM 4 yang mana pada kali ini kita akan belajar mengenai profit dan loss. Ok sebelum kita mula pekara pertama yang kita perlu tahu adalah step pengiraan. Dibawah ini merupakan step2 pengiraannya:

Jumlah Belian Saham (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty
Jumlah Jualan Saham  (RM) = Nilai Saham – Brokerage Fees – Clearing Fees – Stamp Duty

Step 1 – Mengira Nilai Saham
Untuk mengira nilai saham sangat mudah. Contoh jika saham itu bernilai RM5.00 dan jika kamu beli 1000unit maka nilainya adalah sebanyak RM5000.

Step 2 – Mengira Brokerage Fee
Bergantung kepada broker yang anda pilih. Selalunya ia dalam range dari 0.05% hingga 0.07% dari contract value bergantung kepada nilai transaksi,jenis akaun dan jenis trading. Tetapi selalunya broker selalunya mengenakan minimum brokerage fees untuk setiap transaksi.
Kita ambik contoh brokerage fees of 0.42%.
Brokerage Fees = 0.42% x RM5,000 = RM21

Step 3 – Mengira Clearing Fees
Caj oleh Bursa Malaysia sebagai clearing house. Nilai caj sebanyak 0.03% from contract value or nilai saham dan bergantung kepada maximum RM1000 per transaksi.
Sebagai contoh:
Clearing Fees = 0.03% x RM5,000 = RM1.50

Step 4 – Mengira Stamp Duty
Stamp duty adalah charge dari kerajaan dan broker akan kumpul bg pihak kerajaan. Anda perlu membayar RM1.00 bg setiap RM1000 dari contract value atau nilai saham dan dibundarkan kepada nilai ringgit terdekat dan bergantung kepada maximum value of RM200.
Sebagai contoh:
Clearing Fees = RM5

Step 5 – Mengira Untung (atau Rugi)
Berdasarkan formula di atas kita kira untung dan rigi sebagai contoh,

Beli 1,000 unit Saham A pada harga RM5.00 dan jual pada harga RM6.00

Nilai Saham Bila beli  = RM5 x 1,000 = RM5,000
Nilai Saham Masa Jual= RM6 x 1,000 = RM6,000

Beli Settlement =  RM5,000 + 0.42% x RM5,000 +  0.03% x RM5,000 + RM5 = RM5,027.50
Jual Settlement = RM6,000 – 0.42% x RM6,000 –  0.03% x RM6,000 – RM6 = RM5,967.00

Untung  = RM5,967.00 – RM5,027.50 = RM939.50

Kita akan sambung lagi dalam NOTA SAHAM 5

Sekian,

Jeneral Of Ant Army

Monday, June 11, 2012

NOTA SAHAM 3- Settlement Date


As salam
Alhamdulilah bersyukur kepada ilahi kerana saya diberi peluang untuk menaip NOTA SAHAM 3 yang mana kali ini  saya akan mengajar mengenai settlement date. Pada pemain contra(rujuk nota terdahulu) settlement date ini sgt penting. Ini kerana jika saham yang dibeli tidak terjual pada hari ketiga maka force selling akan berlaku pada keesokkan harinya. Ini dinamakan FORCE SELLING. Tetapi jika anda deposit duit pada hari ketiga, maka saham terbabit tidak kan dijual secara FORCE SELLING.

Step 1 – Fahami Settlement Date
Di Bursa Malaysia, semua belian dan jualan perlu di selesaikan pada 12.30 pm pada T+3 day dimana T mewakili bilangan hari pembelian dan transaksi. Ini bermaksud kamu harus membayar pembelian atau menjual pegangan yang anda ada pada hari berikutnya. Tetapi hari minggu dan public holiday tidak dikira. Jika kamu membeli saham dan gagal untuk membayar pada T+3,broker anda akan melakukan force selling pada keesokkan hari. Force selling dilakukan pada T+4.

Step 2 – Trading Settlement
Jika kamu memebeli saham kamu hendaklah membayar sebelum T+3, 12.30 pm. Jika duit simpan cukup maka transaction dapat diteruskan tetapi jika tidak mencukupi maka anda hendaklah mendepositkan duit ke dalam trust akaun

Pengiraan buying Settlement:
Total Buy Settlement (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty
Saham akan dikreditkan ke dalam CDS akaun pada T+3.

Pengiraan Selling settlement pula:
Total Sell Settlement (RM) = Nilai Saham – Brokerage Fees – Clearing Fees – Stamp Duty
Cash dari jualan akan dikreditkan ke trust akaun  pada T+3

Ini merupakan NOTA SAHAM 3. Pada NOTA SAHAM 4 saya akan mengajar untuk mengira bagaimana untuk mengira profit dan loss  dan fees apabila membeli di bursa Malaysia. Apabila anda tamat NOTA SAHAM 4 maka anda sudah menguasai asas dalam melabur di bursa Malaysia. Tetapi bnda paling penting pastikan anda melabur bukanya berjudi.

Sekian,

Jeneral Of Ant Army

Sunday, June 10, 2012

NOTA SAHAM 2-PROSES BANK IN DAN JUAL BELI SAHAM


As salam…. Ini merupakan part kedua bagi nota saham. Saya harap anda faham tentang proses dan pilihan ada apabila anda membuka akaun trading dan cds yang mana telah diterangkan pada nota saham 1.

Step 1 – Deposit Duit 
Apabila anda telah membuka akaun dgn broker, langkah seterusnya adalah anda hendaklah memasukan duit ke dalam trust akaun tersebut. Bergantung kepada broker anda deposit ini boleh dilakukan melalui check atau pindahan online. Antara broker yang menyediakan pindahan wang secara online adalah, Maybank dan OSK, Saya tidak pasti mengenai bank lain tetapi apabila anda membuka akaun nanti, saya syorkan supaya anda bertanya dengan broker anda.

 Step 2 – Periksa Harga Saham
Bursa Malaysia beroperasi dari pukul 9pagi-12.30 tgh hari dan sambung semula selepas makan tengahari dari 2.30ptg-5ptg. Untuk urusan pembelian order boleh dihantar 30 minit sebelum waktu beroperasi. Untuk offline trading akaun, anda boleh menghubungi dealer atau remisier anda untuk periksa harga shares manakala kalau online anda dapat melayari internet dengan melayari website broker yang anda daftar. Sebagai contoh www.kenwealth.com. Ini merupakan contoh online stock bagi KENANGA INVESTMENT BANK.

 Di online akaun, anda boleh menyusun kaunter fevret atau kaunter yang anda perhatikan kedalam watch list supaya anda dapat monitor harga saham terbabit. Harga saham akan bergerak berdasarkan tick price yang telah ditetapkan oleh regulator(SC-Suruhanjaya Securities). SC merupakan badan berkanun yang mengawal pergerakan saham di bursa Malaysia. List dibawah merupakan tick price yang telah ditetapkan:

Tick Size harga saham
Bawah RM1.00 perubahan harga saham berubah sebanyak 0.005 sen, Contoh harga Saham wijaya rm0.10 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 0.005 sen.
RM1.00 to RM2.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 1sen, Contoh harga Saham Gtronic RM1.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 1 sen.
RM3.00 to RM4.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Affin Bank RM3.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM5.00 to RM9.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Maybank RM7.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM10.00 to RM24.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham KLK RM22.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM25.00 to RM99.98 perubahan harga saham berubah sebanyak 10sen, Contoh harga Saham Nestle RM3.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 10sen.

Step 3 –Buy Order 
 Apabila anda telah menjumpai kaunter yang mana anda telah kaji dari segi fundamental dan technical analysisnya bolehlah kiranya anda memulakan langkah untuk membeli saham. Di bursa Malaysia, minimum order bagi setiap pembelian adalah sebanyak 100unit yang mana 100 unit ini bersamaan 1 lot. Sebagai contoh jika share price berharga RM1 seunit maka untuk anda membeli satu lot saham ini, anda memerlukan sebanyak RM100.

 Untuk offline trading, anda bolehlah menghubungi remisier atau dealer anda untuk membeli saham terbabit pada harga anda mahukan. Mereka akan menolong anda untuk membeli. Selepas order telah dimasukkan pada harga yang anda mahukan, bursa Malaysia kemudiannya akan memeriksa samada ada sesiapa yang mahu menjual pada harga yang telah anda tawarkan. Jika padan maka, anda dapat membeli saham terbabit. Dealer atau remisier akan memaklumkan kepada anda status order dan pembelian saham terbabit.
Untuk online trading akaun, anda bolehlah membeli secara online. Order yang anda masukkan kan dihantar ke broker punya Komputer sistem dan akan dihantar juga kepada Bursa Malaysia Komputer sistem. Anda dapat melihat status pembelian anda di online akaun samada anda berjaya atau tidak membeli saham terbabit.

Step 4 – Sell Order
Selepas anda berjaya membeli saham terbabit seperti STEP 3, anda  bolehlah menjual saham terbabit apabila sudah membuat keuntungan. Sebagai contoh harga beli RM1 dan selepas seminggu harga saham terbabit mencecah RM1.20. Maka anda bolehlah  menjual saham terbabit. Ini boleh dilakukan sama seperti STEP 3 Cuma kali ini anda menekan butang menjual. A contract note akan dihantar untuk proses jual dan beli saham apabila anda melakukan transaksi sebagai confirmation transaksi anda.
Sekian dulu untuk NOTA SAHAM 2…..kita tunggu sambungan NOTA SAHAM 3.
Sekian

Jeneral Of Ant Army

Thursday, June 7, 2012

NOTA SAHAM 1- Membuka dan Jenis Akaun Cds/Nominee


As salam
Di Malaysia, saham di dagangkan di Bursa Malaysia. Sebelum seseorang individu dapat bermain atau membeli mana2 kaunter saham di bursa Malaysia. Mereka hendaklah terlebih dahulu membuka trading akaun dan CDS akaun.  Disini saya sertakan step by step untuk membuka akaun tersebut:

Step 1 – Buka Trading Akaun
Anda perlulah terlebih dahulu membuka akaun dgm stock broker yang berdaftar dgn bursa Malaysia. Anda dapat jumpa list stock broker yang berada di Malaysia di lama web bursa Malaysia. Antara contoh stock broker yang ada di Malaysia ialah KENANGA INVESTMENT BANK,RHB CAPITAL, MAYBANK INVESTMENT BANK, ECM LIBRA dan banyak lagi. Anda dinasihatkan untuk ke pejabatnya sendiri supaya urusan untuk membuka akaun lancar. Ini kerana ada sesetengah borang memerlukan tanda tangan anda dan pengesahan anda.

.Step 2 – Pilih antara Trading Akaun Terus atau Nominee
Untuk nominee trading akaun biasanya kamu akan appoint broker untuk pegang saham bagi pihak kamu. Ini bermaksud bila kamu beli saham,nama kamu tidak akan muncuk dlm buku pendaftaran kewujudan shareholders tetapi akan ditunjukkan broker name.Kelebihan nominee adalah kamu tidak perlu membuat apa paperworks seperti isi borang untuk bonus issue,right entitlement dan banyak lagi. Paling penting semua date line bukan kamu yang akan ingat tetapi broker kamu yang mana kamu masih lagi perlu memberi arahan apa yang mereka patut buat.Tetapi keburukan nominee akaun adalah mereka tidak dapat memohon IPO. IPO merupakan saham baru yang akan dilistedkan. Saham ini masih belum diniagakan di Bursa Malaysia. Semua mengenai IPO akan saya terangkan pada masa akan datang. Selain itu keburukan nominee adalah kamu tidak akan menerima annual report bg saham yang dipegangkan dan tidak dapat gift voucher.

Step 3 – Pilih antara Cash Akaun atau Contra Akaun
Bila kamu membuka akaun, akamu akan diberi pilihan samada mahukan cash akaun atau contra akaun. Cash akaun adalah dimana kamu hanya dapat membeli jumlah saham berdasarkan nilai duit yang anda ada didalam akaun. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 ke dalam cash akaunnya dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM1000 sahaja. Kelebihan cash akaun adalah brokerage fee nya yang murah. Untuk contra akaun, anda dapat membeli secara hutang. Itu lah bahasa kasarnya. Ini kerana contra akaun memberi anda kelebihan hutang sehingga 2 kali dari nilai anda tetapi berapa kali hutang itu bergantung kepada broker masing-masing. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 kedalam contra akaun dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM2000 sahaja.  

Step 4 – Pilih samada mahu membeli saham secara online atau offline
Untuk offline anda hendaklah memcari seorang remisier yang mana akan menguruskan akaun ada. Semua arahan beli atau jual akan diberikan kepada remeisier tersebut dan remeisier tersebut akan lakukan. Selain itu remeisier itu juga terlibat sebagai penasihat yang mana mereka akan menasihati kita samada sesuai atau tidak untuk membeli sesuatu saham.Untuk online pulak, segala urusan jual dan beli akan dilakukan oleh anda sendiri. Semua boleh dilakukan secara online. Kebanyakkan pelabur sekarang banyak memilih cara ini disebabkan brokerage feenya yang murah tetapi AWAS!!! Jika anda merupakan pelabur baru disarankan untuk anda belajar dahulu cara-caranya untuk melabur. Ini kerana kekurangan ilmu dapat membuat anda mengalami kerugian yang besar. SO WATCHOUT jika kamu memilih untuk menggunakan cara ini. 

Step 5 – Open Central Depository System (CDS) account
Seterusnya kamu perlu buka CDS akaun. Stock broker dipilih anda akan menolong anda membuka CDS akaun. CDS akaun adalah  akaun electronic yang mana bertindak seperti akaun biasa untuk merekod segala jual dan beli saham. CDS akaun ini dijaga oleh Bursa Depository yang mana dulu dikenali sebagai Malaysia Central Depository. Kamu perlu mengisi dan tandatangan CDS opening akaun form (FMN01). Anda juga perlu menandatangani dua salinan specimen card dan salinan kad pengenalan. Harga untuk CDS akaun RM10.
Ini sahaja dapat saya kongsi untuk NOTA SAHAM 1-MEMBUKA dan JENIS AKAUN NOMINESS/CDS. Insya allah kalau ada masa saya akan menulis NOTA SAHAM 2-Tajuknya????hehe RAHSIA..tungguuuuuuuuuu dan disini saya turut kongsikan video dari investopedia yang mana tindakan sesetengah dealer atau remeisier yang tidak akan menguntungkan kita apabila melakukan jual beli saham.

Sekian,

Jeneral of Ant Army






Tuesday, June 5, 2012

Sekapur Sireh

As Salam

Alhamdulilah dgn limpah kurnia dan petunjuk dari Allah S.W.T, hari ini saya dibukakan hati untuk membuat blog mengenai Saham Malaysia. Sesungguhnya saya ni merupakan "Newbie" di dalam dunia kewangan ini tetapi mempunyai satu impian yang mana ingin mencipta satu entiti fund baru yang mana lagi hebat dari EPF fund. Entiti baru ini ingin saya namakan Trader Of Ant Army (TOAA). Sesungguhnya impian ini nampak mengarut di mata sesetengah pihak namun tidak salah untuk seseorang itu mempunyai impian =) .

Insya allah, dgn adanya blog ini akan saya post sebarang cerita,prediction atau apa saja mengenai saham. Saya juga akan secara tidak langsung akan cuba untuk meletakkan "Nota Saham" yang mana di dalam nota ini saya akan mengajar bagaimana caranya untuk bermain saham.

Saya berharap dengan adanya blog ini semakin ramai rakyat Malaysia akan menceburi bidang ini terutamanya dari kalangan bumiputera. Insya Allah Post yang akan datang saya akan menulis "Nota Saham 1- Membuka dan Jenis Akaun CDS/NOMINIEE.

Sekian,
 
Jeneral Of Ant Army

BELAJAR APA HARI INI: INDIKATOR CHAIKIN VOLATILITY

  Chaikin Volatility (CV) adalah indikator yang digunakan untuk mengukur perubahan turun naik harga (volatility) dalam sesuatu aset. Ia mem...