Tahniah!!saya ucapkan kepada mana-mana pembaca yang follow post saya minggu lepas.MAYBANK dan RHBCAP memberi pulangan yang memberangsangkan dengan mencapai TARGET PRICE. Kedua-dua konter berjaya mencapai TARGET PRICENYA pada hari yang sama iaitu pada 11 JULAI 2013 iaitu bagi MAYBANK RM10.50 manakala bagi RHBCAP RM8.60. P/S- Kalau nak tahu mana buy callnya sila add di FAcebook. Disana saya ada bagi chart utk anda semua kaji.
Tahniah juga kepada mana-mana pembaca masuk ke dalam HUAAN yang mana dapat membelinya semasa saya bagi buy call hari isnin dan membelinya pada harga RM0.16-0.165 yang mana HUAAN telah naik sehingga RM0.185. Walaupon hanya lagi setengah sen HUAAN nak mencapai target tetapi konter ini tetap memberi pulangan yang bagus sebanyak RM0.03-0.035.
Walaupon salah satu konter tidak memberangsangkan iaitu FACBIND, pada pandangan saya konter ini patut diletakkan di dalam watchlist.Ini kerana saya masih berpendapat bahawa konter ini bakal memberikan pulangan yang lumayan kepada medium term investor.
Baiklah kita tinggalkan dahulu pekara yang dah berlalu dan kini kita tumpu untuk apa yang akan berlaku pada pasaran minggu hadapan.Pada pandangan saya pergerakan pasaran saham Malaysia akan berada di dalam peringkat pengukuhan yang mana di dalam bahasa inggerisnya "Sideways".Ini kerana pada minggu ini kita menyaksikan bahawa indeks FBM KLCI masih lagi berlegar pada para paras 1700-1800 yang mana seperti yang telah dinyatakn oleh saya minggu lepas.Pada minggu ini Indeks FBM KLCI berjaya melakukan "Breakthrough" 1783,yang mana pada 12 JULAI 2013 FBM KLCI mencapai paras 1786. Buat masa sekarang kita akan cuba menyaksikan FBMKLCI akan buat "Breakthrough" kali KEDUA pada paras 1795. Manakala untuk "Support" kita menyaksikan 1765 sebagai new support dan jika "Support" pecah kita akan cuba melihat FBMKLCI untuk bertahan dari jatuh pada paras1742. Berdasarkan apa yang saya lihat pada pergerakkan market, saya dapat merasakan market akan kembali aktif.Ini kerana melihat kepada sentimen foreign fund yang kembali membeli ia sedikit sebanyak ia turut merancakkan dan mempengaruhi indeks kita.Selain itu positive inflow ke dalam negara JEPUN juga menunjukkan kesan yang bagus.Jadi buat semua trader dan oppurtunist, Kalau anda nmpk peluang sudah boleh mula pantau untuk mencari pintu masuknya.
Untuk minggu ini, suka saya sarankan untuk saudara dan saudari melihat dua sektor iaitu sektor perbankan dan jugak sektor teknologi(Ace). Ini kerana melihat pada pergerakan saham yang berada di kedua sektor ini, kebanyakkan kaunter terbabit telah mula menunjukkan signal untuk bergerak. Untuk minggu ini, saya masih tidak jumpa konter yang nmpk cantik di mata tetapi kalau ada akan saya upload di facebook saya.
That all,
Thank you
Jeneral Of Ant Army
P/S- klse striker had been change to Thewan Capital. it also effects to blogspot adress also. feel free, please do follow this page :). Terima kasih jugak kepada yang add saya sebagai kawan di facebook. Saya rasa anda semua tentu perasan "Buy Call" bagi tiga konter terbabit bila saya upload chart untuk konter minggu lepas. In syaa allah saya akan cuba upload chart Buy Call untuk minggu ini kalau diberi kesempatanTo have a good idea in term of that stock please do by contact me at thewancapital@gmail.com or add my facebook for detail of stock pick.
No comments:
Post a Comment