Alhamdulilah saya masih diberi kudrat untuk menyambung aktiviti menulis BLOG saya. Pada kali ini saya akan menulis mengenai "Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Di Bursa Malaysia.Bursa Malaysia dikawal dan tadbir oleh Capital Markets and Services Act 2007 (“CMSA“). CMSA dikelaskan sebagai badan berkanun yang menyediakan dan mengawalselia semua aktiviti trading di Bursa Malaysia.Ada 4 pekara yang tidak dibenarkan oleh CMSA dalam trading.
1. Section 98 of CMSA – Short Selling
Short selling adalah tindakan pelabur menjual saham yang tidak dimilikinya. Undang2 mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menjual sahamnya melainkan:
- Dia mempunyai atau dia menjual sebagai ejen atau prinsipal
- Dia melakukan atas sebab yang logik atau sebagai ejen atau prinsipal
2. Section 175 of the CMSA – False Trading /Market Rigging
Ini melibatkan transaksi dimana pembeli dan penjual adalah sama sebagai contoh melibatkan CDS yang sama atau menyerahkan kepada sesuatu kumpulan CDS akaun. Hasil transaksi tidak membawa perubahan dalam kebaikan kepada pemilik.
Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kamu mengelak dari meletakkan harga beli dan jual yang sama yang mana tanpa sengaja padan dengan order sendiri dan menyebabkan tidak membawa kebaikan kepada pemilik
.
Sesiapa yang disabitkan bersalah section 175 dan disabitkan kesalahan boleh disabitkan penjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang dari 1juta ringgit
3. Section 176 of CMSA- Stock Market Manipulation
Stock market manipulation adalah tindakan transaksi saham sesebuah syarikat yang mana akan memberi kesan dalam menaikan atau menurunkan atau mengekalkan harga sesebuah saham syarikat di bursa dengan niat untuk mempengaruhi orang lain untuk membeli atau menjual saham syarikat terbabit.
Sesiapa disabitkan bersalah section 176 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak melebihi 1 juta ringgit.
4. Section 188 of CMSA – Insider Trading
Insider trading or dealing adalah pembelian saham syarikat oleh pihak yang mempunyai maklumat yang mana masih belum diumumkan kepada orang awam yang mana akan memberi impak/kesan kepada harga saham syarikat terbabit jika diumumkan kepada orang awam.
Sesiapa yang disabitkan bersalah section 188 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan akan didenda tidak kurang 1 juta ringgit
Source : Jupiter Securities
Diharap para pelabur tidak melakukan pekara seperti di atas kerana buruk padahnya
Sekian dahulu NOTA SAHAM 6....bersambung pada NOTA seterusnya
Yang benar,
Jeneral Of Ant Army
Ada sedikit pertanyaan,
ReplyDeleteSaya secara tidak sengaja telah melakukan kesalahan short selling ... dan buying in tak dapat dilakukan dalam hari yang sama jualan itu dibuat , soalan saya , adakah saya terdedah dengan akta kesalahan tersebut dan boleh disabitkan penjara dan denda atau hanya penalty '10 bids'?
Sekian
apa yang sy tahu short selling ni hanya boleh dilakukan oleh pihak berdaftar. if tuan ni pihak berdaftar dgn bursa malaysia,kiranya saya rasa tuan akan mendapat kol dari pihak bursa.
ReplyDelete