Sunday, May 18, 2014

MARKET REVIEW FOR THE WEEK 19052014-23052014

Selamat Malam Semua,

Dibawah merupakan ulasan saya kepada FBM KLCI bagi minggu ini:


Berdasarkan Chart FBMKLCI last week ulasan saya adalah seperti berikut:

  1. Indeks telah melepasi resistance level 1872. Next resistance berada di dalam 1884.
  2. Resistance lama telah jadi support. Support sekarang berada di paras 1872.
  3. Melihat pada jumaat yang lalu,FBM KLCI hampir cecah resistance level 1874. Jika opening esk melebihi maka FBM KLCI akan meneruskan kenaikkan.
  4. Tetapi sentiasa beringat bahawa RSI sudah mula memasuki Zon Overbought. Besar kemungkinan Indeks akan jatuh kembali.
  5. Kesimpulannya Trade Berhati-hati semua. Kebarangkalian kejatuhan mengejut boleh berlaku pada bila-bila masa. Ini kerana tarikh WORLD CUP semakin dekat dan anytime pelabur akan cash out duit dari Bursa Malaysia untuk betting di sana. Jadi berhati-hati.

Untuk minggu ini tiada sektor yang dapat saya cover, Ini kerana saya masih berpegang kepada sektor perladangan yang mana sudah lama mendiamkan diri. Dijangkakan konter CEPAT dan MHC melakukan kejatuhan terakhir pada minggu lepas. Cut Loss bagi konter CEPAT adalah pada RM1.00 manakala Bagi MHC RM1.13.

Sekian ,

Jeneral Of Ant Army

Monday, May 12, 2014

MARKET REVIEW FOR THE WEEK 12052014-16052014

Selamat Malam semua,

Dibawah merupakan review FBM KLCI pada minggu ini.

Berdasarkan chart FBM KLCI yang berakhir pada jumaat 9/5/2014:
  1. Support bagi FBM KLCI-1852
  2. Resistance bagi FBM KLCI-1872
  3. Untuk minggu ini dijangkakan FBM KLCI akan trade dalam ranging(Naik dan turun di antara Support dan Resistance)
  4. RSI mula mahu memasuki zon overbought.
  5. Kesimpulan jika FBM KLCI tidak dapat break bahagian resistance kebarangkalian FBM KLCI akan trade dalam keadaan ranging yang mana akan menyaksikan kejatuhan. Jika kejatuhan tidak melebihi support maka besar kemungkinan FBM KLCI akan trade dalam menaik balik. Dari pengamatan saya kejatuhan kali ini merupakan kejatuhan besar dan signal telah disahkan dengan kenaikkan minggu lepas. Trade berhati-hati semua.
Bagi industri plak,saya masih mengekalkan sektor Plantation. Dibawah merupaka review saya bagi dua konter yang telah saya cadangkan last week:

A)CEPAT(8982)

Ulasan saya mengenai konter CEPAT(8982):
  1. Konter ini sudah memberi dividen yang mana ex-date pada 8/05/2014. 
  2. Melihat pada harga pergerakkan konter,walaupon konter terbabit telah memberi dividen,konter terbabit masih mengekalkan harga lama iaitu tutup pada RM1.04.
  3. Dijangkakan jika harga melepasi trendline,kemungkinan besar price akan bertukar kepada uptrend.
  4. RSI berada di kedudukan 50 yang mana sesuai untuk teknikal rebound.
  5. Trade berhati-hati.
Selain dari konter CEPAT(8982), saya juga turut mencadangkan konter:

B) MHC(5026)


Untuk MHC(5026) ulasan saya seperti berikut:

  1. Syarikat memberikan dividen yang mana akan ex date pada 15/05/2014
  2. Belian boleh di lakukan pada paras RM1.14 kebawah.
  3. RSI di dalam downtrend yang mana menunjukkan minat belian tiada, 
  4. Walaupon RSI tidak menunjukkan buy dari segi HISTORY, konter ini dapat spark naik sebanyak 5-20sen dalam seminggu.
  5. Trade berhati-hati2

Sekian,

Jeneral Of Ant Army

Sunday, May 4, 2014

MARKET REVIEW FOR THE WEEK 05052014-09052014

Selamat Malam kepada semua pembaca sekalian...

Maafkan saya sebab minggu lepas saya tidak dapat menulis market review bagi 28042014-02052014. Ini kerana beberapa pekara yang tidak dapat saya elakkan.

Berikut merupakan ulasan saya kepada FBM KLCI pada minggu ini:


Melihat kepada chart FBM KLCI yang berakhir pada 02052014 yang lalu dapat saya huraikan:

  1. FBM KLCI akan mengalami satu uptrend yang terakhir sebelum jatuh melakukan correction.
  2. Dijangkakan FBM KLCI akan melakukan cubaan test resistance pada 1882.
  3. Selepas melakukan kenaikkan yang terakhir,FBM KLCI akan memulakan melakukan pembetulan. Ini dapat disahkan melalui break support pada 1851.
  4. Jika FBM KLCI hanya break support 1866 dan tidak pecah 1851 maka FBM KLCI akan berada dalam ranging trade.(Up and Down)
  5. Kesimpulannya saya menjangkakan minggu ini merupakan minggu terakhir kenaiikan sebelum berlaku kejatuhan. Bagi semua trader dan investor saya nasihatkan anda trade berhati-hati.
 Untuk minggu ini, sektor pilihan saya adalah PLANTATION.


 Berikut merupakan ulasan saya kepada sektor PLANTATION:
  1. Sektor ini baru sahaja BREAKOUT dari resistance level 9033.
  2. Melihat kepada RSI saya menjangkakan akan berlaku satu teknikal rebound.
  3. Support pada 8964. Break support ni downtrend bermula.
  4. Antara konter pilihan saya bagi sektor ini adalah CEPAT dan MHC.
  5. Kesimpulanya kebarangkalian besar konter dalam sektor ini akan mengalami kenaikkan maka WATCHOUT!!!  
 Sekian,

Jeneral Of Ant Army

BELAJAR APA HARI INI: INDIKATOR CHAIKIN VOLATILITY

  Chaikin Volatility (CV) adalah indikator yang digunakan untuk mengukur perubahan turun naik harga (volatility) dalam sesuatu aset. Ia mem...