Saturday, December 29, 2012

What To See Nextweek(31/12/2012-4/1/2013)

As Salam dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaannya kita masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

 Alhamdulillah seperti yang dijangkakan, indeks berjaya membuat NEW HIGH  dan semalam INDEKS ditutup pada paras 1681.Melihat pada sentimen pada minggu depan, saya menjangka apabila market dibuka ISNIN ini market akan melepasi paras 1700. Ini kerana ISNIN ini merupakan hari yang terakhir bagi tahun 2012. Pada pendapat saya Sektor yang kemungkinan akan ditolak adalah banking,plantation dan juga telco.

Saya juga ingin menekan dua sektor yang boleh dilihat utk next week. Pada pendapat peribadi saya,bolehlah anda semua melihat sektor consruction dan juga rubber. Ini kerana nampk mcm this konter akan membuat movement next week.

Konter-konter yang boleh diberi perhatian pada minggu ini adalah:

Perladangan dan rubber: FELDA,INCKEN,ADVENTA
Construction                  :MKLAND
Speculate                       :XOX

Hanya ini sahaja yang dapat saya kongsi. In Shaa Allah kalau ada yang lain saya akan post di page sy black king. Untuk page anda boleh melihat disebelah kanan page ini. Saya turut sertakan badge profil utk page tersebut.

Terima Kasih

 "Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army




 

Saturday, December 22, 2012

What to see NEXTWEEK?

As Salam dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaannya kita masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

Baiklah seperti biasa sepanjang minggu depan saya menjangkakan INDEKS KLCI akan hijau. Ini kerana seperti yang kita ketahui, minggu ini merupakan minggu terakhir bagi tahun 2012,maka kita berharap kepada fund-fund manager untuk melakukan window dressing kepada index link konter.

Kita menjangkakan indeks akan melepasi 1700. Bagi saya konter-konter dari sektor palm oil perlulah diberi perhatian kerana semalam harga CPO-Crude Palm Oil mula melonjak naik yang mana close at 2404 yang mana naik sebanyak 80 point.

Konter-konter yang boleh diberi perhatian pada minggu ini adalah:

Perladangan: FELDA,RSWIT,
Telekomunikasi: XOX,AMEDIA
Speculate: PERMAJU,SCOMI

Hanya ini sahaja yang dapat saya kongsi. In Shaa Allah kalau ada yang lain saya akan post di page sy http://www.facebook.com/blackking111?bookmark_t=page . Silalah like page ini

Terima Kasih

 "Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army

Wednesday, December 19, 2012

MARKET

As salam dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian,

Saya mohon maaf kerana sudah lama sy tidak menulis blog. In shaa allah sy akan kembali aktif menulis. Ini kerana saya agak sibuk mendalami ilmu-ilmu saham. Tetapi untuk post kali ini sy ingin menceritakan mengenai market.

Seperti yang kita ketahui, kebanyakkan daripada kita terlalu taksub dgn indicator atau osilitor tetapi x banyak yang sedar yang paling penting di dalam market ini adalah memahami market. Part ini paling susah.

Tetapi apabila kita menguasai market kita boleh faham semuanya. kah3 jgn ditanya kepada saya macam mana nak menguasai market kerana saya sendiri sedang mencari apa itu market,kenapa market jadi macam itu dan siapa dlm market hahaha. So meh kita sama2 belajar hahaha :)

 "Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army

Sunday, August 26, 2012

Prediction 3-IFCAMSC

As Salam dan Salam Sejahtera

Untuk prediction kali ini saya memilih IFCAMSC. Saya memilih konter ini disebabkan beberapa faktor antaranya:


1-Prestasi Yang Memberangsangkan Bagi Last 2 Q
2- Terbentuknya ASCENDING TRIANGLE (Dalam Proses Pendapat Saya)
3- Berada diatas SMA 20.(garisan pink)

Entry Price-RM0.105 Untuk Lagi Selamat RM0.11
Target Price-RM0.14/RM0.16/RM0.17
Cut Loss-RM0.095
Type-Holding
Risk-High Risk

Konter ini diletakkan bawah High Risk Disebabkan Kekuatan FA nya yang kurang menyakinkan saya. Tetapi Konter Ini Menarik Perhatian Saya dari Segi TA nya jadi watchout







*Segala Prediction Yang Diletakkan Di Dalam Blog Striker Of Bursa Malaysia Bukanlah Merupakan Suruhan Membeli. Prediction Ini Hanyalah Pandangan dan Pendapat Penulis Blog Ini. Segala Risiko Dari Konter Ini Tidak Bersangkut Paut Dan Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Untuk Membayar Segala Ganti Rugi.


P/s- Maaf Jika prediction ini tidak sempurna. Penambah baikkan akan dilakukan dari semasa ke semasa :)


"Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army

Tuesday, August 21, 2012

Prediction 2- NEXTNAT



As Salam dan Salam Sejahtera

Untuk prediction kali ini saya memilih NEXTNAT. Saya memilih konter ini disebabkan beberapa faktor antaranya:

1-Mempunyai HOA-Head Of Aggreement Dgn Sebuah Syarikat Indonesia Pt Inovasi Yang Mana Nilai Projek Yang Agak Besar
2-Prestasi Yang Memberangsangkan Bagi Last 2 Q
3.Dari July Seperti Ada Pihak tertentu tgh mengutip termasuk BOD
4. Terbentuknya CUP Yang Mana Telah Pecah pada 0.12
5. Berada diatas SMA 20.(garisan pink)

Entry Price-RM0.125 Untuk Lagi Selamat RM0.14
Target Price-RM0.17/RM0.18/RM0.21
Cut Loss-RM0.11
Type-Holding
Risk-Moderate Risk

*Segala Prediction Yang Diletakkan Di Dalam Blog Striker Of Bursa Malaysia Bukanlah Merupakan Suruhan Membeli. Prediction Ini Hanyalah Pandangan dan Pendapat Penulis Blog Ini. Segala Risiko Dari Konter Ini Tidak Bersangkut Paut Dan Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Untuk Membayar Segala Ganti Rugi.


P/s- Maaf Jika prediction ini tidak sempurna. Penambah baikkan akan dilakukan dari semasa ke semasa :)


"Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army

Friday, August 17, 2012

Prediction 1-TH HEAVY




As Salam dan Salam Sejahtera

Untuk prediction pertama saya memilih TH HEAVY. Saya memilih konter ini disebabkan beberapa faktor antaranya:

1-Tabung Haji Telah Menambah Pegangan
2-Prestasi Yang Memberangsangkan Bagi kedua2 suku tahun 2012
3.Kebarangkalian Untuk Status PN17 dialihkan dari konter ini.
4. Terbentuknya Triangle Yang Mana Apabila Pecah RM 0.475 Harga Akan Naik
5. Berada diatas SMA 20.(garisan pink)

Entry Price-RM0.48
Target Price-RM0.51/RM0.53/RM0.55
Cut Loss-RM0.445
Type-Holding

*Segala Prediction Yang Diletakkan Di Dalam Blog Striker Of Bursa Malaysia Bukanlah Merupakan Suruhan Membeli. Prediction Ini Hanyalah Pandangan dan Pendapat Penulis Blog Ini. Segala Risiko Dari Konter Ini Tidak Bersangkut Paut Dan Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Untuk Membayar Segala Ganti Rugi.


P/s- Maaf Jika prediction ini tidak sempurna. Penambah baikkan akan dilakukan dari semasa ke semasa :)


"Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army

Sunday, August 12, 2012

NOTA SAHAM 17- MENCARI SUPPORT DAN RESISTANCE DAN NAK TRADE GUNAKANNYA

As salam dan salam sejahtera. Untuk minggu ini saya akan bercerita mengenai bagaimana mahu mencari support dan resistance dan bagaimana mahu trade menggunakan support dan resistance. Baiklah support line boleh dicari dengan mencari tahap harga saham terendah. Samada juga dengan resistance yang mana  boleh dicari dengan menggunakan harga saham tertinggi sebelumnya.




P/S-Carta di atas menunjukkan chart antara Dis-99 dan Mar-00. Support telah dijumpai pada Oktober kurang 33. Pada bulan Disember, harga stok kembali untuk menyentuh support pada pertengahan tiga puluhan dan membentuk rendah sekitar 34. Akhirnya, pada bulan Februari harga stok sekali lagi kembali menyentuh support dan membentuk rendah sekitar 33 1/2. 

P/S-Selepas setiap kali harga saham menyentuh support saham akan naik sehingga menyentuh resistance. Resistance diambil berdasarkan support pada September di 42,5. Selepas garisan support dilintasi, ia boleh bertukar menjadi tahap resistance. Dari paras terendah Oktober, harga saham naik ke tahap baru di tahap resitance di sekitar 42.5. Apabila saham gagal untuk melintasi tahap resistance 42,5, tahap rintangan telah disahkan. Saham yang diniagakan kemudiannya kepada 42.5 dua kali lagi selepas itu dan gagal untuk melepasi rintangan kedua-dua masa

TRADING STRATEGI- Apabila harga saham menyentuh support dan mula naik kembali di atas sesetengah trader menganggap ia sebagai BUY CALL dan jual apabila harga hampir smpi di tahap resistance. berdasarkan chart di atas trader dapat membuat profit sebanyak 3 kali dimana pada bulan OCT, DEC dan MAR (Anak Panah)

P/S-Satu lagi prinsip support dan resistance menyatakan support boleh bertukar menjadi resistance dan sebaliknya.sebagai contoh apabila harga saham melepasi 42.5, garisan resistance terus bertukar kepada support dan sebaliknya.




P/S- Chart diatas merupakan salah satu contoh, kita dapat lihat support yang boleh bertukar menjadi resistance dan kemudian kembali ke dalam support di dalam chart di atas. Daripada chart diatas, kita boleh lihat support daripada Oktober-98 Jan-99 (bujur hijau), tetapi harga saham melintasi garisan support pada Mac-99 dan bertukar kepada resistances (bujur merah).



Trading At Breakout


Dalam Nov/Dec-99, saham diatas telah membentuk chart head and shoulder yang mana selepas corak chart tersebut (bulat merah) harga saham telah melintasi support pada 60. Pada keesokkan harinya harga saham terbabit telah jatuh secara mendadak. Ini dinamakan breakdown. Jangan sesekali beli saham dalam pola breakdown.

Selepas itu harga saham telah bergerak naik dan turun diantara 40,5 dan 47,5 selama hampir dua bulan (bulat hijau). Tahap resistance dapat dilihat dengan tiga puncak tindak balas pada 47.5. Harga saham seterusnya ditutup di atas rintangan pada 48. Ini adalah petunjuk jelas bahawa harga saham telah mula breakout yang mana bagi sesetengah pelabur ia boleh di kira sebagai BUY CALL. Selepas breakout, harga saham mula naik melebih 54 dan keatas.


Sampai disini dahulu NOTA SAHAM 17. Jika anda perlukan apa-apa maklumat mengenai saham, anda bolehlah komen kerana selepas ini saya akan mula meletakkan prediction saham. 

Sekian,

'Trade At Your Own Risk'

Jeneral Of Ant Army

Saturday, August 4, 2012

NOTA SAHAM 16- SUPPORT AND RESISTANCE

As salam dan salam sejahtera...

Minggu ini saya akan bercakap mengenai Support dan Resistance. Bnda ini sangat penting apabila kita melakukan trading saham kerana ia mewakili pada aras mana target price bagi sesuatu saham samada untuk menjual,membeli dan cut loss.Support dan Resistance mewakili persimpangan utama di mana kuasa-kuasa penawaran dan permintaan bertemu. Dalam pasaran kewangan, harga didorong oleh bekalan yang berlebihan dan permintaan.

Support adalah paras harga di mana permintaan difikirkan cukup kuat untuk mengelakkan harga yang menurun daripada terus. Logik menetapkan bahawa penurunan harga ke arah support dan mendapat lebih murah, pembeli menjadi lebih cenderung untuk membeli dan penjual menjadi kurang cenderung untuk menjual. Oleh masa harga mencapai tahap support, ia dipercayai bahawa permintaan akan mengatasi bekalan dan mencegah harga daripada jatuh di bawah support. Penurunan di bawah support menunjukkan kesediaan baru untuk menjual dan / atau kekurangan insentif untuk membeli. Apabila harga melepasi garisan support ia menandakan bahawa penjual telah mengurangkan jangkaan mereka dan sanggup menjual pada harga yang lebih rendah. Di samping itu, pembeli tidak boleh dipaksa membeli sehingga harga menurun di bawah support atau di bawah rendah sebelumnya. Sekali harga melintasi support satu lagi tahap support baru akan ditubuhkan di peringkat yang lebih rendah.

P/S- Garisan hijau dibawah merupakan salah satu contoh support.Setiap kali berlaku kejatuhan harga, ia tidak pernah melebihi paras support terbabit. kejatuhan harga melebihi paras support blh dikonsider sebagai cut loss bg sesetengah trader.


Resistance adalah paras harga di mana jualan difikirkan cukup kuat untuk mengelakkan harga daripada kenaikan lagi. Logik menetapkan bahawa sebagai pendahuluan harga ke arah resistance, penjual menjadi lebih cenderung untuk menjual dan pembeli menjadi kurang cenderung untuk membeli. Oleh kerana masa harga mencapai tahap resistance, ia dipercayai bahawa bekalan akan mengatasi permintaan dan mencegah harga daripada kenaikan di atas resistance. Apabila harga saham mula bergerak melepasi resistance, ia menunjukkan kesediaan baru untuk membeli dan / atau kekurangan insentif untuk menjual. Ini menunjukkan pembeli telah meningkat jangkaan mereka dan bersedia untuk membeli pada harga yang lebih tinggi. Di samping itu, penjual tidak boleh dipaksa menjual sehingga harga meningkat melebihi Resistance atau lebih tinggi sebelumnya. Sekali resistance melintasi yang lama, satu lagi tahap resistance baru akan ditubuhkan di peringkat yang lebih tinggi.

P/S-Garisan merah diatas merupakan salah satu contoh resistance.Setiap kali berlaku kenaikkan harga, ia tidak pernah melebihi paras resistance terbabit. Kenaikkan harga melebihi paras resistance blh dikonsider sebagai buy call bg sesetengah trader.

Saya rasa sampai disini dahulu untuk nota minggu ini. Pada minggu depan, kalau tiada aral melintang saya akan sambung NOTA SAHAM 17 mengenai bagaimana mahu mencari support dan resistance di dalam sesuatu konter..

Sekian

'Trading At Your Own Risk'

Jeneral Of Ant Army



 

Friday, July 27, 2012

NOTA SAHAM 15-RIGHT ISSUE(TERBITAN HAK)


As salam dan salam sejahtera kepada semua. Pada NOTA SAHAM minggu ini saya akan terangkan mengenai TERBITAN HAK atau lebih dikenali ramai sebagai RIGHT ISSUE. 

Baiklah RIGHT ISSUE atau TERBITAN HAK adalah satu kaedah yang digunakan oleh syarikat-syarikat untuk mengumpul dana dengan mengeluarkan stok tambahan kepada pemegang saham sedia ada syarikat.Pemegang Saham boleh atau tidak boleh melaksanakan hak mereka memperoleh saham baru yang diterbitkan oleh syarikat itu. Syarikat menetapkan harga bagi terbitan hak, biasanya kurang daripada harga pasaran untuk membuat isu keseluruhan pasti akan dilanggan.

Adalah penting bagi pemegang saham untuk mengetahui sebab sesebuah syarikat mengeluarkan TERBITAN HAK atau RIGHT ISSUE. Selalunya syarikat mengeluarkan TERBITAN HAK atau RIGHT ISSUE adalah untuk mengumpul dana bagi membesarkan operasi syarikat atau mengambil alih syarikat baru atau keperluan syarikat. Jika syarikat itu akan mengambil alih syarikat lain atau untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada yang akan membawa masa depan yang cerah bagi Syarikat terbabit.Tetapi jika syarikat itu bergelut untuk memenuhi keperluan perniagaan sedia ada dan tidak mampu untuk mengumpul dana dalam pasaran hutang pada kadar faedah yang lebih rendah dan telah memilih terbitan hak untuk mengumpul dana maka harga diturunkan kurang daripada nilai perkadaran setimpal.
Sebagai contoh : Encik A mempunyai 10000 unit saham X berjumlah RM 10,000, menganggap bahawa beliau membeli saham pada kadar RM1.00 sesaham dan harga stok itu tidak bergerak naik atau turun semenjak tarikh pembelian itu dan tarikh yang di mana TERBITAN HAK ATAU RIGHT ISSUE telah dikeluarkan.Dengan mengandaikan 1:1 langganan TERBITAN HAK ATAU RIGHT ISSUE pada harga tawaran sebanyak RM 0.50, Encik A akan dimaklumkan oleh broker bahawa dia mempunyai pilihan untuk melanggan 10000 saham tambahan saham biasa syarikat itu pada harga tawaran RM 0.50 sesaham. 

jika dia melaksanakan TERBITAN HAK ATAU RIGHT ISSUE, dia dikehendaki membayar tambahan RM5000 utk memperolehi saham, itu. Jadi kos bayaran bagi 20000 saham terbabit adalah RM0.75 sesaham dimana (RM10000 +RM5000) / 20000 = RM0.75). Ini kerana walaupon harga saham terbabit lebih rendah tetapi dari segi jumlah unit saham telah meningkat dua kali ganda kepada 20000 unit. dan jika harga saham terbabit meningkat dari RM 0.75 kepada RM1.00 dalam tempoh satu masa, maka Encik A telah membuat keuntungan sebanyak RM5000 yang mana RM20000 hasil jualan 20000 unit saham ditolak kos RM15000(kos pembelian dan terbitan hak).

Sekian

"Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army











Saturday, July 21, 2012

NOTA SAHAM 14- TECHNICAL ANALYSIS BHGN 2

As salam dan selamat sejahtera.....
Alhamdulilah hari ini saya akan sambung NOTA SAHAM 14- TECHNICAL ANALYSIS BHGN 2. Seperti dilihat dalam NOTA SAHAM 13 sebelum ini, anda dapat lihat saya telah meletak satu contoh saham ia itu saham YTL. Di dalam cth saham ini, saya telah letak indicator-indicator yang mana telah saya terangkan dalam NOTA SAHAM 13. Jadi NOTA SAHAM 14 merupakan penerangan yang lebih lanjut mengenai sebahagian indicator dalam technical analysis yang mana digunakan dalam membuat ramalan saham momentum.



Baiklah indicator pertama yang akan dilihat dalam gmbr diatas adalah SMA. Di dalam gmbr ini saya telah gunakan SMA20 dan SMA50. Untuk memilih bilangan hari  bagi 20 atau 50 anda bolehlah buka setting bg indicator terbabit. Ok di dalam kes ini, saya consider sebagai BUYING CALL apabila SMA20(Bilangan hari lebih Pendek) memotong SMA50(Bilangan hari lebih panjang). Saya guna warna merah sebagai SMA 20 manakala biru utk SMA50. Di dalam kotak merah di atas anda dapat lihat SMA20(merah) potong SMA50(biru). Bagi MACD pulak, apabila MACD(biru) memotong SIGNAL (merah) ia boleh di ambik kira sebagai BUYING CALL. Di dalam kes saham YTL ini MACD sudah memotong SIGNAL dan ditambah kedua2nya berada di ZON POSITIF ia itu atas kosong. Ini menguatkan lagi BUYING CALL terbabit. Kesemua ciri MACD yang saya nyakan dapat dilihat didalam kotak merah terbabit. Manakala indicator volume pulak saya ambik kira apabila Volume pada hari terbabit LUAR BIASA daripada hari biasa. Di dalam kes saham YTL ini dapat dilihat Volume pada hari yang saya gariskan dengan garisan putih amat luar biasa. Bagi saya ini menunjukkan bahawa BUYING CALL.








Bagi Indicator RSI pulak,saya mengambil kira apabila RSI terbabit melebihi 50%. Bg number 50% ia dikenalpasti melalui garisan putus-putus. Sepeti di dalam kes saham YTL di atas saya telah settingkan RSI saya pada bilangan 14 hari. Dan di dalam kes ini BUYING CALL menjelma apabila RSI mula bergerak melebihi 50%. Ia ditunjukkan di dalam seperti di dalam kotak merah. Namun Bagi STOCHASTIC, ia menunjukkan bahawa saham ini berada di dalam position OVERBOUGHT, yang mana saham ini sudah terlebih langganannya. Apabila kita menggunakan RSI dan STOCHASTIC, apabila penunjuk taktikal mula  berada di position OVERBOUGHT kita sepatutnya menjual atau SELLING CALL. Tetapi didalam kes Saham YTL ini.daripada 5 indicator 4 indicator mengeluarkan BUYING CALL manakala Satu Indicator Mengeluarkan SELLING CALL. Jika di ambil kira kepada semua faktor BUYING CALL menang dgn SELING CALL dgn 4 berbalas satu maka baik kiranya kita membeli saham terbabit. Tetapi lebih elok kiranya kita bertanyakan pendapat pakar sebelum membeli sesuatu konter. Seperti anda lihat dlm gmbr-gmbr di atas, anda dapat saksikan bahawa saham terbabit meningkat naik selepas 4 daripada 5 indicator menunjukkan BUYING CALL. Ini menunjukkan Technical Analysis dapat digunakan dalam meramal pergerakan saham. Tetapi perlulah di ingat BAHAWA TECHNICAL ANALYSIS SUSAH DIGUNAKAN UNTUK MERAMAL SAHAM YANG BERHARGA RM0.50 KEBAWAH. Ini kerana kebanyakan saham ini sangat tidak stabil. Sekian dulu NOTA SAHAM 14. Kita Sambung Lagi Pada Lain Masa.

Trading At Your Own Risk


Jeneral Of Ant Army

Saturday, July 14, 2012

NOTA SAHAM 13-TECHNICAL ANALYSIS

As salam
cara ni merupakan antara cara paling cepat untuk menganda duit. tempohnya antara 3 bulan hingga 6 bulan. Kebanyakan syarikat dalam saham momentum hanya berumur kurang 10 tahun. Startegi ini mengajar kita supaya beli saham yang sedang menaik dan jual pada harga yang lebih mahal. TETAPI BERHATI-HATI KALAU SALAH BELI BURUK AKIBATNYA. Didalam post ini saya senaraikan beberapa Technical indicator yang digunakan untuk mentafsirkan pergerakan saham. Suka saya ingatkan bahawa ini merupakan langkah2 basic sahaja dan untuk perlajaran penuh hendaklah anda semua menghadiri seminar atau membeli buku mengenai Technical Analysis. Dibawah merupakan antara langkah yang perlu diikuti dalam membeli saham momentum:

-kenal pasti syarikat yang hebat
-beli saham atas nilai intrinsik
-Jual semasa pelabur lain beli secara berlebihan sebelum mereka keluar dari pasaran dan harga jatuh.
-syarikat sederhana umur dia kurang daripada 10 tahun(pulangan syarikat 20-30 peratus)
-penekanan kepada analisis fundamental dan teknikal

1.sektor dan industri dalam putaran
-pastikan pasaran berada dalam industri apa putaran atau defensive
-melabur apabila ia berada dalam sektor yang kukuh

2.pertumbuhan pendapatan yang kukuh dan jangkaan penganalisis
-pertumbuhan yang lebih 15 peratus untuk tempoh 3-5 tahun
-jangkaan pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi daripada indeks industri untuk tempoh 3-5 tahun
-saham ada sejarah pendapatan kejutan

3. Pemilikan saham secara positif oleh org dalam syarikat terbabit ceo,coo dan lain2

4.Pertumbuhan jualan yang kukuh dan ROE yang tinggi
-jualan kukuh utk 3-5 tahun
-roe lenih 15 peratus

5.Sentimen pasaran meningkat

6.Saham berada dalam tempoh pengukuahan yang lama selama 4-6 minggu

7. Petunjuk tektikal yang selalu digunakan

a)SMA 20 dan SMA 50
-harga saham atas SMA ia akan terus naik apabila bawah SMA harga saham akan turun
-Beli apa SMA 20 potong SMA 50 dan jual apabila sebaliknya

b)MACD
-atas 0 patut beli bwh 0 jual
-biru atasi merah patut beli dan sebaliknya

c)stochastic
-Biru gerak lebih 50 harga saham akan naik
-biru lepas merah patut beli dan sebaliknya

d)RSI
-Harga atas RSI biru beli

e)Parabolic SAR
-atas parabolic sar petunjuk baik patut beli dan bawah sar patut jual


dalam saham memomntum jika harga saham jatuh sebanyak 7 peratus jual utk elak kerugian yang lebih besar.


Saya juga turut sertakan contoh saham bagi YTL yang mana seperti di ajar di atas kita dapat melihat pergerak saham terbabit. Untuk penerangan akan saya sertakan dalam Nota Saham 14. 


TRADING AT YOUR OWN RISK

Jeneral Of Ant Army

Friday, July 6, 2012

NOTA SAHAM 12-APA ITU PELABURAN NILAI BHGN 2 (LANGKAH-LANGKAH)

As salam dan Salam Sejahtera...

mesti ramai ngah tunggu untuk lapan pekara untuk ketahui saham nilai itu baik atau tidak. Ha3 sebenarnya semua sekali ada 9 Bila kita dah follow semua 9 step ni baru kamu boleh beli saham nilai terbaik. Tetapi ramai memlupakan langkah 9 dan menyebabkan anda akan sangkut dengan saham terbabit terlalu lama.

Tanpa berlengah ini merupakan antara langkah yang patut diikuti dan dibuat sebelum membeli saham pelaburan nilai

1)sejarah jualan,keuntungan dan aliran tunai yang tinggi dan konsisten
-Jualan dan keuntungan MENINGKAT bagi 5 TAHUN berturut-turut terutama semasa KEMELESETAN ekonomi.
-plg penting ALIRAN TUNAI MENINGKAT secara konsisten selama 5 tahun berturut-turut.

2)cari syarikat yang ada kelebihan kompetitif yang pjg.
-syarikat kompetitif adalah syarikat yang jenama kukuh cth Mcd,nike,adidas,sime darby
-syarikat ni adalah syarikat skala raksasa,market leader dan juga monopoli dalam pasaran.cth airasia
-persaingan yang kecik

3)PERTUMBUHAN SYARIKAT yang MANTAP untuk masa depan.
-Nak tahu syarikat punya planning,baca mesej CEO dalam laporan tahunan

4)HUTANG YANG SEDERHANA
-mcm mana nak tahu hutang dia ok adalah dgn tgk dia punya JUMLAH HUTANG KURANG 3 kali pendapatan bersih tahunan syarikat.


5)ROE>15%
cari syarikat yang mana RETURN ON EQUITY (ROE) lebih daripada 15%. Jikalau syarikat terbabit lebih daripada 12% sudah dikira kukuh. Maklumat ROE bleh didapati laporan tahunan kewangan syarikat.

cara pengiraan ROE

pendapatan bersih
-----------------------------       x100%
Jumlah ekuiti saham


6)Elakkan syarikat yang menggunakan perbelanjaaan tinggi bagi kos operasi.
cth kos operasi adalah mesin,penyelidikan intensif,dan produk yang tidak ketinggalan zaman

7)lLihat samada pihak pengurusan memegang atau menjual saham syarikat terbabit. Ini kerana jika pihak pengurusan memegang saham atau pembelian secara aktif kemungkinan syarikat akan ada berita baik yang mana berita baik ini akan menaikkan harga saham jika pihak pengurusan menjual jadi saham syarikat itu tidak bagus dan akan jatuh disebabkan pihak pengurusan sendiri tidak yakin dgn syarikat terbabit. cth pihak pengurusan adalah ceo,grand manager dan sebagainya.

8)cara mengira saham nilai (bergantung risk free interest rate)

-kira purata pertumbuham syarikat 5 tahun/6tahun lepas
-jangkankan aliran tunai 10 tahun akan datang(guna percent dari purata tahunan)
-kira faktor diskaun dgn cara (1/1.05n)risk free interest 0.05(5%)   n = jumlah tahun
jika risk free berubah menjadi 6 maka (1/1.06n)
-diskaun aliran tunai dikira dgn cara cash flow 10 tahun akan datang x faktor diskaun
-kira harga saham xyz dgn tmbh semua diskaun aliran tunai  bagi 10 tahun bahagi dgn jumlah saham. jika harga saham xyz hasil bahagi dapat kurang dari harga pasaran maka beli kerana nilai saham terbabit akan meningkat sama seperti harga saham xyz hasil bahagi

9)Beli saham nilai apabila saham berada dalam pola meningkat atau pengukukuhan.

untuk jual saham nilai apabila harga saham terbabit meningkat dan melepasi harga saham xyz hasil bahagi maka jual la saham terbabit. :)  disini saya juga turut letakkan dua video mengenai pelaburan nilai. Harap anda dapat faham.Sekian dahulu untuk NOTA SAHAM KALI INI. INSYA ALLAH MINGGU DEPAN KALAU SAYA ADA MASA SAYA AKAN MENULIS LAGI

P/s: Kalau anda rasa blog ini rasional sila follow this blog. Anda boleh tekan butang follow di atas page ini. TQ


 "Trading At Your Own Risk"

Jeneral Of Ant Army






Thursday, July 5, 2012

NOTA SAHAM 11-APA ITU PELABURAN NILAI?

As salam  dan Salam Sejahtera

Alhamdulilah skrg kita dah smpi part strategi pelaburan nilai. Sesetengah taiko kata strategi ini sesuai untuk pelabur yang bersabar. haha kalau xsabar bkn senang jugak nak guna strategi ini. Strategi ini merupakan antara strategi yang digunakan oleh Warren buffet yang mana duit start pelaburan 100k usd skrg dah 53 billion.Antara saham yang beliau pernah beli adalah Coca-cola yang mana harga yang dia beli sgt murah di bawah nilai dan nilai saham tersebut skrg sudah meningkat beratus dolar sedangkan masa dia beli hanyalah2-5 dolar sahaja. Saham coca cola ini masih beliau pegang hingga ke hari ini.Kenapa saya ckp strategi ini sesuai untuk org bersabar adalah kerana strategi ini memakan masa selama 6-12 bulan untuk membawa keuntungan 100 peratus. Kadang2 strategi ini memakan masa setahun hingga dua tahun. Yang pasti jangka masa lama tetapi keuntungan ada dan yang paling penting RISIKO rendah. Ok untuk minggu ini saya akan cakap secara am dahulu antara pekara kita utamakan dalam strategi ini dan 8 step yang perlu diikut akan diutarakan dlm doc minggu depan.

Ok yang paling penting bila kita bercakap atau menggunakan strategi nilai ini adalah kita patut kaji dan kenal pasti syarikat yang kukuh. ini kerana syarikat yang kukuh akan memberi keuntungan yang tinggi. Bila keuntungan tinggi nilai saham akan tinggi. ini antara rules terpenting yang patut diketahui bila anda menggunakan strategi pelaburan nilai.

Bila anda guna strategi ini seeloknya tumpu pada 10 syarikat sahaja. Mcm saya sendiri saya hanya fokus pada 7-9 syarikat. Ini dilakukan supaya anda kenal dgn syarikat anda labur. Bila guna strategi nilai,anda patut dan mesti tahu semua pekara berkaitan syarikat terbabit. Jika anda tidak tahu tentang syarikat terbabit mcm mana nak tahu syarikat ini akan bawa keuntungan atau tidak dan jika syarikat tidak ada keuntungan mcm mana nilai saham mahu naik. jadi tumpukan dan ketahui syarikat anda labur.

pekara ketiga anda kena ketahui adalah membeli saham syarikat yang dikehendaki pada waktu org tidak beli pada harga bawah nilai (untuk pengiraan saham bawah nilai akan diceritakan pada doc akan datang)

kenal pasti syarikat hebat.setiap tahun kewangan syarikat ini untung. yang paling penting beli saham syarikat yang mana dilanda berita buruk sementara. cth berita buruk sementara adalah keuntungan syarikat sedikit dan tidak dijangkankan. Bila keuntungan syarikat sedikit dan tidak seperti yang dijangkankan harga saham syarikat ini akan turun. ini dinamakan menbeli saham pada harga diskaun. ini kerana saham ini akan naik kembali apabila syarikat mencatatkan keuntungan..insya allah esk saya akan bagi step untuk pelaburan nilai yang patut dan baik utk diikuti. Disini saya jugak sertakan beberapa kata-kata pujangga dari Warren Buffet.




Setakat ini dahulu untuk NOTA SAHAM kali ini. Insya Allah jika diizinkan akan menulis lagi NOTA SAHAM 12-9 Step Strategi Pelaburan Nilai.Jika anda rasa blog ini rasional mintak tolong jasa anda sekalian silalah share this blog.



"trading at your own Risk"

Jeneral Of Ant Army

Saturday, June 30, 2012

NOTA SAHAM 10-Strategi-Strategi Digunapakai Dalam Pelaburan

As salam kepada semua pembaca.Untuk NOTA SAHAM kali ini saya akan bercerita mengenai strategi yang diguna pakai apabila anda hendak melabur. Selepas kamu telah buka akaun cds, bolehlah kamu mula bermain saham. di dalam saham ini ada dua strategi yang kita boleh gunakan.

1)STARATEGI PELABURAN NILAI

2)STRATEGI PELABURAN MOMENTUM

Baiklah untuk minggu ini saya akan terangkan kan dulu yang mana baik atau buruk bg setiap strategi pelaburan dia atas.

1)STRATEGI PELABURAN NILAI

-digunakan oleh warren buffet( xknal google k :) )

-strateginya berdasarkan buy and hold approach. dia beli pastu dia simpan harga naik dia jual

-risiko ada la gak sikit. main saham ni mustahil la xder risiko cuma bagi strategi ini risiko dia skit.

-warren buffet guna strategi ini la smpi dia jadi org no dua terkaya di dunia. dia start invest rm100k dan duit dia ganda setiap 3 tahun secara purata. sekarang duit tu dah bernilai 53billion us

-cara dia simple je. dalam strategi ini kita akan beli saham pada bawah nilai. contohnya harga saham syarikat abc sebenarnya rm5 tetapi harga saham syarikat abc sekarang pada rm2. jadi kita akan beli saham ini tunggu dan kita akan jual apabila harga sahamnya rm5. kita akan untung rm3.

-cara nak kira saham nilai ini akan di ajar next week

-kelemahanya strategi ini ambil masa yang agak lama dalm tempoh 6 bulan hingga 10 bulan

2) STRATEGI PELABURAN MOMEMTUM

-strategi ini kita dapat untung dlm tempoh 4-8 minggu

-risiko sgt tinggi.

-beli saham apabila ia dalam trend menaik.

-bila saham mula jatuh jual

-selalunya saham ini di syarikat yang umurnya kurang dario 10 tahun.

-xkukuh sekali jatuh harganya kebarangkalian nak naik balik susah.

-nota bg nak tahu dan kira saham momentum selepas nota pelaburan nilai

-xdigalakkan melainkan bg yang dah pengalam boleh la try

tu sahaja bagi minggu ini xpaham boleh tanya ok....

Setakat ini dahulu untuk NOTA SAHAM kali ini. Insya Allah jika diizinkan akan menulis lagi NOTA SAHAM 11-Strategi Pelaburan Nilai.Disini saya turut sertakan video bagi anda lebih memahami mengenai NOTA SAHAM 10. Jika anda rasa blog ini rasional mintak tolong jasa anda sekalian silalah share this blog.

Sekian,

"trading at your own risk"

Jenereal Of Ant Army



Monday, June 25, 2012

NOTA SAHAM 9-BAGAIMANA MAHU MEMILIH SAHAM IPO YANG ADA UMPHHH

As salam dan Salam Sejahtera

NOTA SAHAM kali ini merupakan sambungan kepada NOTA SAHAM yang lepas yang mana mengenai IPO(Initial Public Offering). Ok untuk NOTA SAHAM yang lepas saya telah bercakap mengenai bagaimana mahu memohon IPO melalui Online Banking manakala pada NOTA SAHAM  kali ini saya ingin berbicara mengenai "Bagaimana Mahu Memilih IPO yang ADA UMPHHH". Maksud saya IPO yang akan menguntungkan kita apabila disenaraikan kelak.

Untuk memilih IPO yang ADA UMPPHH pekara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membaca Prospektus yang mana akan dikeluarkan oleh syarikat terbabit.Prospektus adalah merupakan dokumen yang menunjukkan keadaan kewangan sesebuah syarikat yang ingin disenaraikan dengan tujuan untuk menarik perhatian pembeli. Prospektus ini akan memberi maklumat syarikat terbabit dari segi aktiviti perniagaan syarikat terbabit,penyata kewangan syarikat terbabit, senarai board of director dan byk lagi maklumat mengenai syarikat terbabit.

Orang ramai kemudiannya akan melihat prospektus terbabit dan menilai sama ada mahu membelinya atau tidak. Beberapa pekara yang perlu dititik berat supaya pelabur membeli IPO yang ADA UMPHHH adalah seperti berikut:

1.Lihat sejarah syarikat terbabit berdasarkan tiga pekara:
a)Sejarah Jualan Syarikat Terbabit(Jualan syarikat meningkat menunjukkan syarikat bagus). Ambik sekurang-kurangnya 3-5 tahun yang lepas
b)Sejarah keuntungan Syarikat terbabit(Keuntungan meningkat menunjukkan syarikat bagus). Ambik sekurang-kurangnya 3-5 tahun yang lepas
c)Aliran tunai syarikat terbabit(Penting). Tanpa aliran tunai yang positif bagi syarikat terbabit,syarikat boleh dikatakan dalam bahaya dan  boleh merendahkan nilai syarikat terbabit.


2) Lihat tujuan utama syarikat terbabit mengeluarkan IPO. Jika tujuan utamanya adalah untuk mengembangkan perniagaan ,jadi IPO syarikat terbabit merupakan bagus tetapi andai kata untuk membayar hutang maka IPO terbabit kurang bagus. Tapi tidak bermaksud semua IPO yang dikeluarkan untuk membayar hutang tidak bagus.


3) Sila kaji persaingan yang syarikat terbabit ada di dalam pekara berikut:
a) Jenama-Popular ke tidak?
b) Bentuk Produk-Menarik perhatian atau tidak?
c) Saiz syarikat terbabit-Besar atau kecik
d) Kawalan Pasaran-Monopoli atau tidak dalam produk atau servis yang dijual


4) Sila lihat juga dividen yang dibayar oleh syarikat terbabit kepada pemegang saham. Syarikat yang bagus akan mempunyai bayaran dividen tahunan yang meningkat dari tahun ke tahun. Ambik 3-5 tahun ke belakang.


5) Pastikan anda juga melihat CEO punya ucapan dan lihat apa yang beliau rancangkan untuk syarikat beliau untuk tempoh tahun-tahun yang akan datang.


Sekian dulu untuk NOTA SAHAM kali ini. Untuk NOTA SAHAM AKAN DATANG kita akan belajar startegi yang boleh diguna pakai dalam melabur saham..


Sekian..

Jeneral Of Ant Army

Sunday, June 24, 2012

NOTA SAHAM 8-Macam Mana Mahu Membeli IPO Dari Online Akaun

As salam dan Salam Sejahtera....

Jom sambung NOTA SAHAM 8...Kali ini saya akan mengajar mengenai IPO. Initial Public Offering atau IPO adalah merupakan antara langkah pertama yang dilakukan oleh sesebuah syarikat sebelum disenaraikan di BURSA MALAYSIA. Tindakan ini dilakukan oleh sesebuah syarikat untuk mengumpul dana dari orang awam yang mana duit yang terkumpul dari jualan IPO akan digunakan untuk operasi syarikat. Selalunya duit dari IPO akan digunakan oleh syarikat terbabit untuk membayar hutang syarikat,atau membesarkan operasi syarikat. Untuk memohon IPO, anda perlulah:

1.Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas
2.Mempunyai akaun CDS yang aktif yang mana akaun terbabit di daftarkan dibawah nama anda sendiri. Jika anda masih tidak mempunyai akaun CDS,bolehlah rujuk NOTA SAHAM yang terdahulu.

 Kebanyakan pembelian IPO dapat dilakukan melalui transaksi online atau atm. Tetapi di dalam post ini saya akan mengajar bagaimana caranya untuk memohon IPO melalui online.Ini kerana memohon melalui online lebih senang dan menjimatkan masa.Permohonan ini dapat dilakukan melalui Maybank atau Cimb tetapi untuk post ini saya akan tunjukkan bagaimana melakukan permohonan melalui CIMB. Anda tidak perlu risau kerana jika anda mahu memohon melalui Maybank sekalipon caranya hampir sama.

step 1: Layari cimbclick dan log masuk ke akaun anda

step 2: Di dalam page utama, dibawah "Manage My Wealth"menu click eIPO menu.

step 3: Disebelah kiri menu klik "Apply Now" menu.

step 4: Anda dapat melihat senarai IPO yang ada. Jika ada click "Apply" button now.

step 5: Baca segala syarat dan peraturan dan jika anda faham klik "I have read the relavant" 
penyataan dan klik "Agree and Submit" button untuk meneruskannya.

step 6: Beberapa pekara yang perlu anda isi seperti:

1.Pembayaran dari akaun mana untuk pembelian IPO di atas ("Payment From")
2.Pilih bangsa anda
3.Masukkan nombor CDS akaun anda
4.Masukkan bilangan lot IPO yang anda mahu beli. 1lot sama dengan 100unit
5.Tekan "Submit button" apabila sudah selesai.

step 7: Review semua bnda dan klik "Confirm" untuk membeli.

Tahniah,anda kini sudah berjaya membeli IPO terbabit. Apa yang perlu anda lakukan adalah menunggu jawapan sama ada anda berjaya atau tidak dalam membeli IPO terbabit. Anda akan dikenakan caj sebanyak RM2.50 jika anda mempunya CDS akaun bkn CIMB manakala RM2.00 jika anda mempunyai akaun CDS dgn CIMB.

Jika anda berjaya, jumlah saham yang anda beli akan dikreditkan ke dalam akaun CDS anda dan jika anda tidak berjaya, jumlah wang yang digunakan untuk membeli IPO terbabit akan di kembalikan kepada akaun anda cuma caj yang dikenakan tidak akan dikembalikan. Supaya anda lebih memahami apa itu IPO,saya sertakan sekali video mengenai IPO yang diambil dari investopedia. Sekian dahulu NOTA SAHAM kali ini.


Sekian ,


Yang Benar,


 Jeneral Of Ant Army





NOTA SAHAM 7-Perbezaan Antara Direct dan Nominee CDS akaun

As salam dan salam sejahtera. Saya sambung NOTA SAHAM 7 pada hari ini jugak. Apabila anda membuka trading akaun dgn broker, satu akaun CDS akan dibuka pada masa yang sama. Selalunya broker saham boleh menawarkan Direct CDS atau Nominee CDS akaun. CDS bermaksud "Central Depository System" dan dikawalselia oleh Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd. Perbezaan antara dua akaun ini dinyatakan dibawah.

Type of CDS Account
  
Direct 

Nama Akaun
Under shareholder name (eg Mr M)
Permohonan IPO
layak
Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise
diurus oleh pemilik saham
Dividend
dihantar kepada pemilik saham
Kehadiran AGM
layak
Laporan Tahunan
dihantar kepada pemilik saham
Pindahan Saham
kepada akaun sendiri atau sanak saudara dan berkaitan

Nominee

Nama Akaun
dibawah nama broker ( eg HLG Nominee Tempatan for Mr M)
Permohonan IPO
tidak layak
Kertas Kerja Mengenai Corporate Exercise
diurus oleh broker dan mungkin dikenakan caj.
Dividend
dimasukkan kepada trust akaun yang ada dengan broker
Kehadiran AGM
tidak layak
Laporan Tahunan
memohon dari broker
Pindahan Saham
hanya akaun sendiri

Dengan melihat pekara-pekara di atas dapatlah disimpulkan bahawa Direct CDS akaun mempunyai lebih banyak kebaikan daripada nominee CDS akaun. Kelebihan yang ada pada nominee CDS akaun adalah pemilik saham tidak perlu risau mengenai kertas kerja mengenai corporate exercise.


Sekian dahulu untuk NOTA SAHAM kali ini.....


Yang Benar,

Jeneral Of Ant Army

NOTA SAHAM 6-Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Buat Di Bursa Malaysia

As salam dan Salam Sejahtera...

Alhamdulilah saya masih diberi kudrat untuk menyambung aktiviti menulis BLOG saya. Pada kali ini saya akan menulis mengenai "Apa Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Di Bursa Malaysia.Bursa Malaysia dikawal dan tadbir oleh Capital Markets and Services Act 2007 (“CMSA“). CMSA  dikelaskan sebagai badan berkanun yang menyediakan dan mengawalselia semua aktiviti trading di Bursa Malaysia.Ada 4 pekara yang tidak dibenarkan oleh CMSA dalam trading.

1. Section 98 of CMSA – Short Selling 

Short selling adalah tindakan pelabur menjual saham yang tidak dimilikinya. Undang2 mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menjual sahamnya melainkan:
  • Dia mempunyai atau dia menjual sebagai ejen atau prinsipal
  • Dia melakukan atas sebab yang logik atau sebagai ejen atau prinsipal
Sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah section 98 of CMSA dan disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi 5 juta ringgit atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua2nya sekali.


2. Section 175 of the CMSA – False Trading /Market Rigging

Ini melibatkan transaksi dimana pembeli dan penjual adalah sama sebagai contoh melibatkan CDS yang sama atau menyerahkan kepada sesuatu kumpulan CDS akaun. Hasil transaksi tidak membawa perubahan dalam kebaikan kepada pemilik.

Oleh sebab itu saya mencadangkan supaya kamu mengelak dari meletakkan harga beli dan jual yang sama yang mana tanpa sengaja padan dengan order sendiri dan menyebabkan tidak membawa kebaikan kepada pemilik 

.
Sesiapa yang disabitkan bersalah section 175 dan disabitkan kesalahan boleh disabitkan penjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak kurang dari 1juta ringgit


3. Section 176 of CMSA- Stock Market Manipulation

Stock market manipulation adalah tindakan transaksi saham sesebuah syarikat yang mana akan memberi kesan dalam menaikan atau menurunkan atau mengekalkan harga sesebuah saham syarikat di bursa dengan niat untuk mempengaruhi orang lain untuk membeli atau menjual saham syarikat terbabit.

Sesiapa disabitkan bersalah section 176 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda tidak melebihi 1 juta ringgit.



4. Section 188 of CMSA – Insider Trading
Insider trading or dealing adalah pembelian saham syarikat oleh pihak yang mempunyai maklumat yang mana masih belum diumumkan kepada orang awam yang mana akan memberi impak/kesan kepada harga saham syarikat terbabit jika diumumkan kepada orang awam.

Sesiapa yang disabitkan bersalah section 188 dan disabitkan kesalahan akan dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan akan didenda tidak kurang 1 juta ringgit


Source : Jupiter Securities



Diharap para pelabur tidak melakukan pekara seperti di atas kerana buruk padahnya
 
Sekian dahulu NOTA SAHAM 6....bersambung pada NOTA seterusnya 


Yang benar,


Jeneral Of Ant Army

Sunday, June 17, 2012

NOTA SAHAM 5-Hukum Jual Beli Saham Dari Perspektif Islam


As salam....
 
Untuk post kali ini saya telah mengambil artikel ini dari ustaz zaharuddin. Beliau merupakan seorang yang mahir dlm kewangan islam. Beliau mempunyai websitenya tersendiri yang mana sebarang kemuskilan mengenai agama boleh di ajukan di website beliau. Artikel ini credit untuk beliau.
 

Penyertaan Dalam Pembelian Saham
Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama dengan hukum bersyarikat atau musharakah atau rakan kongsi. Ia adalah harus menurut Shariah dari al-Quran dan Hadith. ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 )
Dalil dari Al-Quran :
فهم شركاء في الثلث
Ertinya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 )
Antara hadith :
أنا ثالث الشريكين ما لم يخن أحدهما صاحبه
Ertinya : Nabi menyatakan :" Aku orang ketiga bersama dua orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud ) 

Syarat Umum
Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal menyertai aktivti urusniaga saham ini adalah :-
a. Penubuhan dan penyertaan sebuah syarikat yang patuh Shariah di dalam bursa adalah harus.
b. Tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa menyertai atau membeli saham syarikat yang asas utama perniagaannya adalah haram seperti memberi pinjaman Riba atau berniaga barangan yang diharamkan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Majoriti ulama dunia mengharuskan penjualan dan pembelian di bursa kerana :-
1- Syarat Ijab Qabul telah terlaksana dalam pembelian dan pemilikan saham.
2- Majlis Pengarah syarikat telah mewakili seluruh pemegang saham dalam pelaksanaan syarikat mereka.
Justeru, antara para ulama besar yang mengharuskannya adalah Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Ali Khafif, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr Muhammad Yusof Musa dan ramai lagi. ( At-Takaful Al-Ijtima'ie, Abu Zahrah, 2/184 ; As-Syarikat : Ali Khafif, hlm 96 ; Al-Mualamat Al-Maliah, Uthman Syabir, hlm 206)

Sedikit Pertikaian Hukum Berkongsi syarikat Dengan Bukan Islam
Tidak dinafikan terdapat perbincangan dan pertikaian berkenaan keharusan membeli saham patuh shariah yang majoriti pemilikannya dimiliki oleh individu bukan Islam.
Terdapat sebahagian ulama yang tidak membenarkannya dan ada juga yang menganggapnya sebagai makruh. Ia berdasarkan riwayat Ibn Abbas r.a
لا تشاركن يهوديا ولا نصرانيا ولا مجوسيا قلت لم قال لانهم يربون والربا لا يحل
Ertinya : Berkata Ibnu Abbas, "Jangan kamu bersyarikat dengan Yahudi, Nasrani atau Majusi" , maka aku ( Ibn Hamzah) bertanya "  Mengapa tidak?" Jawab Ibn Abbas : "Kerana mereka melakukan riba dan riba tidak halal" ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 ; Al-Muhazzab, 1/345 )
Hadith di atas menjadikan Imam As-Syafie menganggap ber'musharakah' dengan bukan Islam adalah makruh. Manakala Imam Ahmad, Awzaie dan Hasan al-basri menganggapnya harus. Imam Ibn Quddamah juga mengatakan kata-kata Ibn Abbas tadi hanyalah pandangan seorang sahabat dan tidak pula tersebar di kalangan sahabat lain.
Manakala Khalifah Umar al-Khattab berpandangan harusnya dengan iktikad ianya dari pendapatan mereka yang halal sebagaimana Nabi SAW diriwayatkan membeli makanan dari Yahudi dan mencagarkan baju besi baginda SAW. (Al-Mughni, Ibn Quddamah).
Pandangan mengharuskan dengan melihat kepada perincian aktiviti syarikat ini disokong kuat oleh ulama besar kontemporari seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa. Beliau menolak pengharaman umum ke atas penyertaan di bursa saham. ( Al-Muamalat Al-Maliah, Syabir, hlm 210 )
Justeru selagi mana urusniaga syarikat adalah menepati Shariah, ia adalah sah walaupun terdapat rakan kongsi bukan Islam yang samada diketahui atau tidak bahawa modalnya dari yang haram. Ia juga dikuatkan oleh riwayat berikut :-
روى الخلال بإسناده عن عطاء قال نهى رسول الله عن مشاركة اليهودي والنصراني إلا أن يكون البيع والشراء بيد المسلم
Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Khallal dengan sanadnya dari Ato' berkata : Rasulullah SAW melarang dari bermusharakah dengan Yahudi dan nasrani kecuali jika jual belinya ditangan orang Islam ( menuruti Shariah)" ( Al-kafi fi Fiqh al-Hanbali, 2/257 ; Al-Mubdi' , Ibn Mufleh, 5/4; Ibn Qayyim : Dhoif sanadnya kerana mursal : Ahkam Ahli Zimmah, 1/556 )

Di Malaysia
Oleh kerana di Malaysia, telah wujud Jabatan Modal Islam di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang antara lain telah mengeluarkan senarai Sekuriti (Syarikat) Patuh Shariah, justeru sebarang pembelian saham yang termasuk dalam senarai ini adalah harus pada asalnya. Rujuk http://www.sc.com.my/ dan dapatkan senarai tersebut dengan percuma.
Ketika ini sekitar 80 % dari 889 sekuriti (saham) yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur adalah patuh Shariah atau disahkan halal. Jumlah 'market capitalization' pula mencecah RM 343 Billion. Dari 10 buah sekuriti yang terbesar di BSKL, 5 antaranya adalah patuh Shariah yang membawa kepada wujudnya  KLSE Syariah Index pada tahun 1999 (http://www.sc.com.my/capitalmy/Oct03/html/MasICM.html)


  Hukum Umum
Kebanyakan ulama kontemporari berpendapat tatkala anda membeli saham sesuatu syarikat, anda sebenarnya telah memiliki sebahagian kepentingan equiti syarikat tersebut, ini bermakna sebagai pemegang saham, anda dikira sebagai rakan kongsi dari sudut pandangan Islam. Justeru, sebagai rakan kongsi, anda terdedah kepada risiko mendapat kerugian atapun kelebihan keuntungan. Hal ini menjelaskan bahawa hukum asal pembelian saham adalah halal kerana ia didasari aqad 'Musyarakah'.
Pembelian saham harus dibuat melalui 'broker' atau 'remiser'. Tugas mereka biasanya adalah menentukan nilai pasaran dan coraknya, mengiklankan sebarang aset untuk jualan, menayangkan beberapa aset kepada pemebli yang berpotensi, menasihati pelanggan dalam tawaran yang diterima, sebagai wakil untuk membeli dengan upah tertentu.

Hukum broker
Sekadar menjadi wakil kepada pelanggan serta mengambil upah, ia adalah harus dalam Shariah menurut hukum 'Al-Wakah bil Ujr' (agen dengan upah) yang selagi mana sekuriti (saham) yang dibelinya juga adalah patuh Shariah.
Sebarang pembelian saham tidak patuh Shariah akan menyebabkan keuntungan hasil dari upah belian tadi juga adalah haram. Sebagaimana disebutkan
وأن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : "Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mengharamkan sesuatu maka haram jualah harga ( keuntungan dari jualannya)" ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud,  Albani : Sohih ; Ghayatul Maram, no 318 )
Justeru, sebarang upah dari pekerjaan haram adalah haram, upah wakil pembelian saham yang haram juga haram sebagaimana hadith di atas.
Fungsi broker juga adakalanya menjadi sebagai orang tengah dengan bank atau mana-mana Institusi kewangan Riba untuk memberikan pinjaman dengan 'interest' kepada pelanggan untuk membeli saham yang dijanka baik dan akan naik adalah haram disebabkan keterlibatan dengan Riba tadi.

Teknik pembelian & Hukum
Berikut beberapa cara yang yang biasa digunakan dan disertakan makluman hukumnya secara ringkas:-
1) Short Selling ( Jualan Singkat )
Jualan singkat ialah tindakan seseorang menjual sekuriti (saham) yang tidak dimilkinya pada masa jualan .
Secara umumnya, 'short selling' terlibat dengan pinjaman sekuriti (saham) dan kemudian menjualnya dengan andaian ia boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya ia akan beroleh keuntungan hasil perbezaan harga tadi, dalam konteks ini, proses jualan seolah-olah  telah diterbalikkan.
Isu shariah di sini adalah di dalam Islam, sekiranya seseorang ingin mendapatkan untung dari sesuatu saham, mereka mestilah memiliki saham itu terlebih dulu.
Nabi SAW menyebut :-
لا تبع ما ليس عندك
Ertinya : "Jangan kamu jual sesuatu yang tidak kamu miliki"
Justeru, para ulama berpendapat jualan ini adalah diharamkan.  (Dr Ma'bad Ali Al-Jarihi, Al-Aswaq Al-Maliah, 1/134 ; Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 269 )
Walaubagaimanapun, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah membuat keputusan bahawa jika short selling dibuat secara khas dan terkawal (regulated short selling), ia adalah harus. Rujuk Suruhanjaya Sekuriti untuk info lengkap berkenaan Regulated Short Selling yang dibuat atas konsep Ijarah  dengan beberapa pengecualian berdasarkan konsep Istihsan. ( Keputusan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti, Edisi Kedua, hlm 79)

 2) Margin trading or buying
Margin trading adalah membeli saham dengan menggunakan wang yang dipinjam dari broker. Kebiasaannya faedah akan dikenakan atas pinjaman ini. Jika ini berlaku, hukum menggunakan kaedah ini adalah haram disebabkan pinjaman Riba tadi. Selain itu ia juga amat berisiko buat pelabur kerana jika saham yang dibelinya rugi, ia akan menanggung kerugian berganda. (Ahkam al-Aswaq Al-maliah, Dr Muhd Sabri Haron, hlm 271 ; http://en.wikipedia.org/wiki/Margin_trading)

3) Options Trading
Takrifnya adalah : Satu kontrak yang mana hak diberikan (tetapi tidak menjadi kewajiban) kepada pemegangnya untuk membeli atau menjual sesuatu saham yang dipersetujui pada harga yang ditentukan. Tiada kewajiban bagi penempah untuk memenuhi tuntutan kontrak bagi yang membeli item yang ditempah, tetapi penjual hak item itu, wajib memenuhi tuntutan kontrak  (AAOIFI Shariah Standard, hlm 356).
Terdapat juga sebahagian 'options' yang menyebut bahawa jika salah satu pihak menolak untuk melakukan transaksi pada tarikh yang ditentukan, ia perlu membayar gantirugi yang telah ditentukan jumlahnya di awal tadi. Ia juga adalah haram menurut para ulama Islam. (Al-Ashum Wa- As Sanadat Wa Ahkamuha , Dr Ahmad Al-Khalil, hlm 208)
Secara kesimpulan, ia juga instrumen konvensional yang diharamkan.

4) Day Trading
Day trading merujuk kepada praktis menjual sesuatu saham pada hari yang sama ia dibeli iaitu sebelum pasaran ditutup pada hari itu.
Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan hukumnya, sebahagian besar berpendapat ianya harus kerana saham yang telah dibeli adalah hak milik penuh pembeli, ia boleh menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian ulama yang lain berpendapat jika ia dijual pada hari yang sama, elemen spekulasi menjadi besar dan boleh menjadikannya sebahagian dari perjudian.

5) Swing trading
 Swing trading bererti pembeli saham akan menyimpan sahamnya sekitar satu hingga empat hari. Kemudian akan menjualnya semula apabila didapati harga lebih tinggi dari harga beliannya.

Kejayaan ‘swing trading' tertakluk kepada sejauh mana bijaknya pelabur memilih saham yang ingin dibeli. Biasanya para pelabur sebegini akan mengunakan analisa teknikal bagi memilih sebarang sekuriti (saham) yang mempunyai potensi ini.

Hukum ;
 Saya tidak melihat terdapat sebarang masalah Shariah dalam urusniaga ‘swing trading' ini selagi ia tidak melibatkan hutang dengan faedah dan sahamnya patuh Shariah.

6) Range trading
Para pelabur yang menggemari ‘range trading' biasanya akan memerhatikan turun naiknya sesebuah saham yang sedang ditekuni. Menurut teori sebahagian pengkaji saham, setiap kali nilai sesuatu saham itu naik tinggi, ia akan jatuh kembali dan akan naik kembali. Kumpulan pelabur jenis ini akan cuba memanfaatkan peluangnya dengan membeli saham tersebut sebelum harga benar-benar jatuh di tahap terbawah. Setelah itu, ia akan menunggu agar harga saham tadi naik kembali lalu menjualnya bagi mendapat untung hasil perbezaan harga beliannya dan jualan semasa. Dengan itu, ia dapat membeli dengan harga yang murah dan menjual ketika mahal.

Hukum ;
 Saya tidak sempat membuat semakan terperinci perbincangan para ulama berkenaan hal ini. Malah perbincangan tentang hukumnya hampir tidak ada dalam perbincangan kitab-kitab dan tesis kontemporari yang sempat saya semak. Kemungkinan ia dianggap termasuk dalam pembelian saham biasa dan penjualan juga biasa yang mana hukumnya adalah halal.

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan unsur spekulasi yang mirip kepada perjudian boleh menjadi semakin ketara di sini. Ini kerana, pembelian saham yang tulen lagi halal adalah didasari oleh pembelian hak pemilikan dalam sesebuah syarikat didorong oleh potensi masa hadpan yang cerah dan kualiti bisnes yang dijalankan. Walaubagaimanapun, dalam hal ‘range trading', ia seolah-olah tidak memberikan fokus utama kepada bisnes syarikat itu dan potensinya, sebaliknya apa yang menjadi keutamaan adalah ‘trend' jatuh naik harganya sahaja.

Justeru, di masa ketiadaan mana-mana fatwa yang sempat saya temui dalam hal ini. Saya menasihatkan agar mana-mana pelabur yang ingin membuat cara ini memberikan perhatian lebih kepada potensi saham dan bisnesnya berbanding berspekulasi harga sahaja bagi mengelakkan syubhah dalam pembeliannya.

7) Loan Stock

Ia adalah samada saham biasa atau saham istimewa yang digunakan sebagai cagaran untuk sesuatu hutang dari pihak lain. Yang mana hutang tadi adalah suatu hutang yang telah ditetapkan kadar faedah tertentu. Sesuatu hutang yang dijamin ini boleh bertukar kepada pemilikan saham dengan syarat-syarat yang tertentu dan dengan kadar pertukaran yang telah dipersetujui.

Di ketika ini, hukum ‘loan stock' yang ada di pasaran adalah haram menurut Islam kerana ia akan memasukkan sekali jumlah faedah atau Riba dari pinjaman tadi.

8) Waran Panggilan (Call Warrant)

Warran panggilan adalah satu hak, tetapi bukan kewajiban untuk membeli sesuatu asset atau saham dengan kuantiti tertentu dengan harga tertentu dalam tempoh masa yang tertentu.

Ia diterangkan oleh investopedia sebagai

"A warrant that gives the holder the right to buy the underlying share for an agreed price, on or before a specified date"

Call warrant adalah harus menurut Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dengan syarat saham yang berkaitan dengan waran ini ialah saham patuh Shariah. (Keputusan Majlis Penasihat Shariah, hlm 66)


9) Saham Keutamaan ( Preference Shares)

Antara keterangan bagi saham keutamaan adalah seperti berikut :-
A class of ownership in a corporation that has a higher claim on the assets and earnings than common stock. Preferred stock generally has a dividend that must be paid out before dividends to common stockholders and the shares usually do not have voting rights.

The precise details as to the structure of preferred stock is specific to each corporation. However, the best way to think of preferred stock is as a financial instrument that has characteristics of both debt (fixed dividends) and equity (potential appreciation). Also known as "preferred shares".  (http://www.investopedia.com/terms/p/preferredstock.asp )
Hukum ;
Majlis Fiqh Antarabangsa, Dallah Al-Barakah dan Majlis Fatwa Eropah memfatwakan pembelian saham keutamaan adalah haram. Antara ciri yang menjadikannya haram adalah kerana : -
a- ia mempunyai unsur jaminan modal,
b- pulangan yang terjamin; biasanya jika tiba-tiba satu bulan tiada sebarang keuntungan boleh dibahagikan oleh syarikat, pihak pemegang saham keutamaan tetap akan dibayar juga secara terkumpul (cumulative). Ini bermakna semua pemegang saham jenis ini dijamin keuntungannya. Ini jelas bertentangan dengan hukum Shariah.
c- Mendapat keutamaan untuk diberikan pembayaran di ketika pembahagian keuntungan dan 'liquidation'. Malah jika syarikat menghadapai masalah dan ditutup sekalipun, pemegang saham ini akan mendapat kembali nilai awal sahamnya tanpa sebarang kerugian. (Al-Muamalat Al-Maliah al-Mu'asiroh, Dr Uthman Syabir, hlm 205 )
Di dalam Islam, di dalam sebuah persyarikatan, tidak sepatutnya terdapat sebarang keutamaan kepada mana-mana rakan kongsi dan mereka patut diberikan hak sama rata. Kecuali nisbah pembahagian  keuntungan sahaja yang boleh dipersetujui bersama.
Bagaimanapun, fatwa ini juga menjelaskan bahawa jika keutamaan yang dimaksudkan hanya terhad kepada beberapa hal prosedur dan pengurusan semata-mata. Ia adalah halal.

10) T + 3
Disebutkan takrifnya oleh web bursa Malaysia sebagai :-
There is no physical delivery of shares under the CDS. Instead, the CDS uses a simple book entry system to keep track of the movement of shares which arise from trades affected on Bursa Malaysia. For example, if you are a buyer of share A, your CDS account will be credited with Share A and the seller's account will show a debit of Share A. Sellers must have adequate shares in their CDS accounts by 12.30 pm on T+2 and buyer's account will be credited on T+3 with the shares, with T being the transaction date.
Atau secara mudahnya T+3  bererti urusniaga pembelian saham  dibuat sebagai contoh pada hari Isnin, tetapi pembayaran bagi pembelian tadi akan diselesaikan dalam sebelum atau pada hari khamis ( dalam masa 3 hari). Pemilikan saham akan bertukar milik sejurus selepas transaksi walaupun pembayaran belum dibuat.
Walaubagaimanapun, jangan disangka bahawa di antara tempoh 3 hari itu, seseorang mempunyai masa untuk membatalkan urusniaga. Urusniaga telah termeterai pada hari urusniaga iaitu hari isnin dalam contoh di atas cuma proses pertukaran dan pembayaran sahaja yang belum dibuat.  ( http://www.investopedia.com/ )

Hukum

a) Jika pembeli punyai wang secukupnya dari awal ; Jika pembeli membeli sekuriti patuh Shariah dengan cara T-3, beliau juga sememangnya telah mempunyai wang yang cukup dalam akaunnya sebanyak nilai pembelian sahamnya dari hari pertama lagi.  Kemudian ia menjualnya apabila dilihat harganya menaik walaupun sebelum sampai tempoh pembayaran dibuat.
Menurut keterangan di dalam web bursa Malaysia (http://www.bursamalaysia.com/website/bm/bursa_basics/) seseorang yang ingin membeli mestilah mempunyai wang yang mencukupi untuk ‘cover' harga ysaham yang dibeli dan juga kos transaksi.
Tatkala itu saya berpandangan bahawa hak milik sekuriti yang dibeli telah sempurna dan ia juga memang mempunyai wang yang mencukupi bagi tujuan pembelian itu walaupun belum sampai hari perlu bayar, tatakala itu, belian dan jualannya adalah sah.
Adapun jika si pembeli tidak mempunyai wang yang cukup di dalam akaunnya pada waktu pembelian, tetapi hanya dipinjam dari wang broker dengan kadar faedah tertentu dengan harapan harga akan menjadi lebih tinggi dari apa yang dibeli,
Ini dilakukan bagi membolehkannya menjual sekuriti yang duibelinya sebelum sampai masa perlu bayar dan membuat keuntungan atas angin kerana membeli tanpa modal sebenar. Bagi saya urusniaga seperti ini ( jika berlaku) ia tidak syak lagi mempunyai unsur Riba (jika modal yang dipinjam punyai interest),
Sekiranya tiada punyai sebarang ‘interest', ia masih mempunyai elemen perjudian kerana ia benar-benar bergantung kepada nasib dan harapan harga akan naik. Pembeli pula tiada sebarang wang yang mencukupi, ia hanyalah bergantung kepada wang broker yang mengabuinya. Tatkala itu transaksi ini tidak halal. Wallahu'alam.

b) Jika pemilikan sekuriti ( saham) tidak bertukar dengan serta merta pada hari urusniaga dijalankan, ia adalah haram kerana ia tergolong dalam larangan nabi jual hutang dengan cara hutang. Dalil larangannya :
أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع الكالئ بالكالئ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )
Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-Syubki dan  Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)
Maksudnya, jika membeli sesuatu saham, dan pembayaran akan dibuat dalam masa 3 hari dan pertukaran milik juga hanyaa akan dibuat dalam 3 hari. Ia diharamkan kerana tergolong dalam larangan hadith di atas. Bagaimanapun, jika pertukaran milik saham berlaku di waktu transaksi, hanya pembayaran dalam masa 3 hari, maka ia halal. 

11) Kontra
Menrut kefahaman saya, pembelian saham secara kontra adalah tindakan membeli saham tanpa mempunyai wang yang cukup didalam akaun. Apa yang dibuat adalah atas dasar andaian dan teka-teka bahawa harga saham yang dibelinya akan naik sbeelum sampai hari wajib bayar.
Urusniaga seperti ini dinamakan kontra dan ia telah larang untuk dilakukan di Malaysia. Dahulu, ia memang berlaku terutama sewaktu T + 7 diamalkan iaitu hari pembayaran adalah  tujuh hari selepas transaksi.

Hukum
Hukum bagi transaksi kontra ini adalah perjudian pada pandangan Islam dan diharamkan.

Sekian

Jeneral Of Ant Army

BELAJAR APA HARI INI: INDIKATOR CHAIKIN VOLATILITY

  Chaikin Volatility (CV) adalah indikator yang digunakan untuk mengukur perubahan turun naik harga (volatility) dalam sesuatu aset. Ia mem...